PAS DEDAH PENYELEWENGAN TERBARU CALON BN
Perkara itu didedahkan Pas membabitkan isu jual beli tanah yang tidak diselesaikan beliau pada tahun 2000 dan melibatkan 16 anak guamannya yang masih belum mandapat tanah.
Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Rohaizat tidak menguruskan perjanjian jual beli tanah sehingga selsai dan sehingga kini geran tanah tersebut masih atas nama tuan tanah yang asal sedangkan wang telah dikeluarkan.
Menurutnya, beliau tidak mengatakan bahawa Rohaizat telah melakukan penipuan sebaliknya beliau meminta Rohaizat memperjelaskan situasi sebenar dan bagaimanakah status tanah yang dibeli oleh 16 anak guamannya.
“Pendedahan terbaru ini melibatkan perjanjian jual beli tanah yang tidak diselesaikan oleh Rohaizat sebagai peguam, walaupun setelah wang pendahuluan diberikan kepadanya .
“Saya tid:ak berkata Rohaizat menipu cuma saya mahu beliau bertanggungjawab dan memperjelaskan situasi yang sebenar bagaimanakah tanah tersebut tidak diberikan kepada pembeli,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Mahfuz juga turut menunjukkan surat pembeli yang bersetuju untuk membeli tanah lot 3, lot 662, Seberang Prai Tengah, dengan harga RM17,376 dan beliau turut merahsiakan nama pembeli tersebut atas dasar keselamatan.
Beliau berkata, surat yang ditandatangani oleh Rohaizat, turut tertera perjanjian pembayaran wang pendahuluan sebanyak 10 peratus kepada pemilik tanah yang diberikan kepada firma guaman Rohaizat.
“Sebanyak RM1,757 telah dikeluarkan sebagai wang pendahuluan oleh setiap seorang dari 16 pembeli dan diberikan kepada firma guaman Rohaizat untuk menguruskan perjanjian tersebut,” katanya.
Menurutnya, sehingga sekarang pembeli tanah masih lagi belum mendapatkan tanah mereka dan setelah dirujuk kepada pejabat tanah geran tanah tersebut masih diatas nama tuan tanah yang asal.
(Berita ini diambil dari Sinar Harianh, 24 Ogos 2009)
Anggota ATM sertai kempen derma organ
Oleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.my
DARI kiri; Sarjan Abd Halim Mohd Saleh, Vijay, Rozali, Syuhaimi, Koperal Azmi Yasir dan Sarjan Maurice Lawai menunjukkan kad pengesahan derma organ masing-masing pada kempen derma darah dan organ di Berjaya Times Square. |
SEMPENA sambutan Hari Tentera Darat ke-76 baru-baru ini, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menganjurkan kempen derma organ, pertama kali diadakan bagi menggalakkan pembabitan kalangan anggota dan orang awam dalam usaha murni itu.
Kira-kira 200 pegawai termasuk anggota hadir pada majlis itu yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan disekalikan dengan kempen menderma darah.
Walaupun ruang menderma darah mendapat tumpuan, namun bahagian yang menempatkan unit menderma organ, turut menerima sambutan menggalakkan dengan kebanyakan yang hadir mengambil peluang mendapat maklumat berhubung kempen menderma organ. Turut hadir, Pengarah Kesihatan BPK, Datuk Dr Mohd Zin Bidin.
“Ini adalah keputusan saya sendiri dan yakin, isteri saya yang juga seorang doktor serta keluarga akan memahami tujuan saya menderma.
“Perkara baik dan ia sekurang-kurangnya hati serta buah pinggang saya dapat memberi kehidupan baru kepada insan yang memerlukan,” katanya.
“Selepas ini, saya akan memaklumkan kepada keluarga supaya kemudian hari, mereka tidak terkejut dan sekiranya mereka memerlukan organ saya, sudah pasti mereka akan diutamakan.
Sementara itu, Prebet A Vijay Gaundar, 25, berkata keluarganya tidak akan menghalang hasratnya menderma organ kerana sebelum menjadi tentera, mereka sudah mengetahui, setiap perkara yang dilakukannya adalah bertujuan mencurahkan bakti untuk negara.
“Mereka akan faham tindakan saya menderma semua organ termasuk tisu badan bertujuan berbakti untuk negara selepas ketiadaan saya nanti,” katanya.
PM syor Felda, Risda, Felcra bergabung
PEKAN 23 Ogos – Tiga agensi perladangan terbesar di negara ini – Felda, Risda dan Felcra disaran bergabung mewujudkan satu konsortium bagi melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi pada masa akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan cadangan tersebut yakin jalinan kerjasama itu mampu memberi keuntungan yang berganda kepada agensi-agensi terbabit selain membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan.
Menurut beliau, perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama itu akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum ketiga-tiga agensi terbabit tampil mengemukakan konsep gabungan yang bakal dilaksanakan.
‘‘Ketiga-tiga agensi masih kekal tetapi projek-projek yang dijalankan boleh dilaksanakan menerusi kerjasama dengan mewujudkan satu konsortium.
‘‘Saya telah minta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketiga-tiga agensi ini berbincang dan apabila bersedia, mereka boleh berjumpa dengan saya atau Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk kita buat satu ketetapan bagaimana konsep gabungan itu dilaksanakan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) Risda di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Najib menjelaskan, banyak projek industri hiliran dapat dilaksanakan secara kerjasama antara Felda, Risda dan Felcra termasuk dalam pengurusan ladang dan kilang.
Ini kerana, kata beliau, projek-projek yang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi itu mempunyai banyak persamaan dan tidak sewajarnya ia dijalankan secara berasingan.
Beliau memberi contoh, ketiga-tiga agensi terbabit boleh merancang untuk membina sebuah kilang baja atau sawit yang dapat dikongsi oleh peneroka Felda dan para peserta Risda dan Felcra.
‘‘Kalau ketiga-tiga agensi ini berkongsi mendirikan sebuah kilang baja atau sawit, kita akan dapat nikmat ekonomi yang lebih besar berbanding setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.
‘‘Kalau kawasan kilang sawit itu pula dekat dengan ladang Felda, Risda dan Felcra dan semua agensi ini menggunakan kilang yang sama, sudah tentu kilang ini lebih maju berbanding setiap agensi mempunyai kilang masing-masing di ladang masing-masing.
‘‘Keuntungan yang lebih besar juga dinikmati oleh para peneroka dan peserta sesebuah ladang tersebut,” jelasnya.
Najib menganggap cadangan itu tidak tidak mustahil memandangkan agensi-agensi terbabit mampu mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar untuk melaksanakan projek-projek tertentu.
‘‘Jika kita boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar negara, mengapa tidak dengan agensi-agensi yang dimiliki oleh kerajaan walaupun terletak dalam kementerian yang berbeza.
‘‘Kita sebenarnya mempunyai matlamat yang sama dan kekuatan dalaman untuk menguasai ekonomi,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib memberitahu, kerajaan sedang merumuskan satu model ekonomi baru yang memberi penekanan kepada nilai tambah tinggi dalam projek-projek yang dijalankan.
Dalam sektor pertanian misalnya, kata beliau, kerajaan merancang meningkatkan lagi industri ternakan burung layang-layang atau walit dan rumput laut yang berpotensi dimajukan.
Kerajaan juga, jelas beliau, menerusi Felda akan menjalankan projek ternakan lembu selepas membeli tanah seluas lapan juta hektar di Australia bagi tujuan tersebut.
‘‘Lembu-lembu itu kemudian akan dibawa ke Malaysia untuk dibesarkan dan menerusi haiwan tersebut kita mampu mencipta 28 lagi projek hiliran yang lebih menguntungkan berbanding hasil dagingnya semata-mata,” jelasnya.
No response to “BERITA”
Post a Comment