PLUS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


BERPULUH RAYA KERETA DITUSUAK PAKU

PENGANIAYAAN KEPADA ORANG RAMAI


Oleh: Noor Iskandar


Sikap lepasa tangan pihak Plus Expressway Berhad tidak mahu membayar ganti rugi kepada orang ramai yang mengalami kerugian kerana tayar - tayar kerteta mereka ditusuk berapuluh besi paku pada ketika mereka mengenderai kereta masing - masing di sepanjang lebuhraya, di Bukit Tempurung, Kampar hingga ke Kuala Kangsa, pada 30 Julai lalu, dipandang sebagai tidak bertanggungjawab dan perlu diambil perhatiana oleh piahak Kerajaan.

Pihak Plus telah menulis surat kepada seorang pengguna lebuh raya itu seperti berikut:

'Kami berasa dukacita berhubung kejadian yang puan alami seperti mana di dalam aduan puan no siri A0002087 pada 01/07/2009 yang lalu. Kami berpendapat kemalangan itu tidak sepatutnya berlaku, lebih – lebih lagi dalam situasi dimana kami telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan perjalanan menggunakan lebuhraya kami adalah selamat dan selesa bagi semua pengguna.

Untuk maklulam puan, pihak kami mempunyai pasukan peronda lebuhraya yang bertugas 24 – jam di sepanjang lebuhraya. Sebarang laporan kerjadian yang diterima atau ditemnui akan diambil tindakan dengan sebaik-baiknya secepat mungkin. Ap jua objek yang ditemui berselerakkan di atas jalan akan dibuang untuk memastikan keselamatan pengguna lebuhraya.

Hasil siasatan lanjut kami mendapati bahawa lokasi berkenaan bebas dari sebarang objek yang membahayakan pengguna lebuhraya sewaktu pronda melalui lokasi berkenaan tidak lama sebelum kejadian yang puan alami itu.Pihak kami mendapati objek berkenaan (paku) telah terjatuh dari kenderaan lain yang tidak dikenalpasti; yang mana ianya adalah di luar kawalan kami.

Kami berpendapat bahawa kami telah berusaha sebaik mungkin menjalankan tangbungjawab kami dengan mengambil langkah – langkah yang mnenasabah ('reasonable duty of care) untuk menyelanggarakan lebuhraya supaya sentiasa selamat digunakan oleh para pemandu. Oleh itu, dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak dapat membuat sebarang bayaran pampasan kepada puan.'

Plus telah menolak kejadian itu sebagai tanggungannya dan tidak mahu membayar ganti rugi seperti suratnya RMD/40885/PO-REC (PLS), bertarikh 3 Ogos 2009 dan ditanda tangani oleh Rohaizad Rashid, Jabatan Pengurusan Risiko Plus.

Neribu – ribu besi paku yang jatuh berselerakan atas lebuhraya itu kerana bungkusan –bunkusan paku tersebut terjatuh dari lori yang membawanya dari selatanke utara.

Menurut sumber polis lalau trafik di Ipoh, bahawa lori yang membawa pakua itu telah dapat ditahan, di sekatan polis, di lebuh raya dekat Kuala Kangsar - Taiping.

Mengapa Plus tidak mahu bertanggungjawa atas perkara itu? Sedangkan bukti telah terang yang pengguna tidak menipu Plus lagipun mereka telah membuat laporan dia balai polis trafik Ipoh, Gopeng dan beberapa tempat lagi.

Sepatutnaya Plus yang memikul amanah negara untuk berkhidmat kepada orang ramai menaruh simpati terhadap para pengguna yang mengalami kerugian kerana melalui lebuh raya Plus.

Mungkin Menteri Pengankutan dan mereka yang bertanggungjawab dapat memberi perhatian yang adil ke atas perkara ini sesuai dengan prinsif kemanusiaan dan keadilan yang diamalkan oleh kerajaan.


No response to “PLUS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB”

Post a Comment