BERITA



MEMAJUKAN TANAMAN HERBA DAN CENDAWAN

Putrajaya, (Jumaat) - Jabatan Pertanian, Bahagian Padi, Tanaman Industri an Florikultur sedang memberi bantuan kewangan dan khidmat nasihat kepada para pengusaha tanaman herba - perubatan dan cendawan di seluruh negara.
Penolong Pengarah bahagian tersebut, Cik Zarina Abd. Ghafar,, pada waktu ditemu di pejabatnya, memberitahu, bahawa jabatannya menggalakkan para petani dan orang ramai menjalankan prusahaan tanaman herba - perubatan dan cendawan.
di antara beberapa jenis herba yang digalakkan dan akan diberi bantuan, ialah: Kacip Fatimah, Mas cotek, mengkudu (noni), serai, tunjuk langit, cekor,roselle dan seruntun.
Menurutnya, seperti pomplet yang telah disebarkan, bantuan yang akan diberikan oleh pihak jabatannya menerusai Jabatan - Jabatan Pertanian daerah, ialah:
1 - Pembiayaan untuk tanamann herba dan rempah
ratus serta roselle RM5,000 bagi setiap satu
hekter.
2 - Projek tanaman cendawah sebanyak RM10,000
setiap satu projek.
3 - Bengkel dan semaian rempah ratus RM30,000.
4 - Beni cendawan R1.20 sebotol.

***


Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar
Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak.

------------------------


Penasihat Undang-undang Magaran bukan ahli PAS
Irwan Muhammad Zai

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Penasihat Undang-undang Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA - Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bukan ahli PAS seperti didakwanya tegas Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali.

Mustafa menjelaskan semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya dan tiada rekod menunjukkan penyokong ISA itu ahli cawangan Sungai Ramal, Kajang.

"Kami (PAS) telah membuat semakan terhadap senarai daftar ahli dan telah merujuk ke cawangan PAS Sungai Ramal tetapi tiada rekod menunjukkan bahawa penasihat undang-undang Magaran (Mohd Khairul) ini ahli PAS.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS menafikan dakwaan beliau yang mengakui sebagai ahli PAS," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Ditanya sama ada PAS akan menerima keahlian Mohd Khairul jika lelaki tersebut memohon untuk menjadi ahli, Mustafa menegaskan PAS menentang ISA dan sesiapa yang mahu menjadi ahli tidak boleh menyokong akta zalim tersebut.

Mohd Khairul Azam Abd Aziz yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA pada 1 Ogos lalu dipetik sebagai berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong akta tersebut.

Mengulas isu pengharaman penjualan arak di Selangor, Mustafa menegaskan tidak ada polisi khusus yang mengharamkan penjualan minuman beralkohol disetaip negeri termasuk yang diperintah Pakatan Rakyat.

Malah tegas beliau, di negeri yang diperintah oleh PAS seperti Kelantan dan Kedah juga tiada larangan untuk menjual arak di kawasan-kawasan majoriti bukan Islam.

"Kita (PAS) sentiasa jaga sensitiviti semua kaum dan kita (PAS) buat kaedah tidak jual arak secara terbuka tetapi boleh jual jika kawasan itu majoriti penduduknya bukan Islam macam Petaling Street," tegas beliau.

Mustafa juga menegaskan PAS pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan yakin dengan kebijaksanaan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Jelas beliau lagi, isu yang timbul di Selangor merupakan perkara biasa dan ia menunjukkan perbezaan antara Pakatan Rakyat yang mampu menyelesaikan masalah dengan segera berbanding Barisan Nasional (BN).

"Baru-baru ini di Kedah masalah antara DAP dan PAS tetapi sekejap sahaja sudah selesai. Ini bukti kita (Pakatan Rakyat) boleh selesai masalah dengan cepat. Perbezaan pendapat antara parti dan parti perkara biasa.

"Yang tidak boleh selesai masalah cuma Umno sahaja," tegas beliau.

Selain isu tersebut, Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang akan menghantar nama tiga calon yang telah disenaraipendek untuk dinilai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 9 Ogos nanti bagi memilih calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

---------------------

Selangor teliti minuman keras hanya untuk orang bukan Islam
Harakahdaily

SHAH ALAM, 1 Ogos - Kerajaan negeri Selangor sedang meneliti untuk menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan hanya pembeli dan penjual bukan Islam sahaja yang boleh membeli dan menjual minuman keras.

Menurut laporan Bernama, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perbincangan mengenainya masih berjalan dan akan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk disiapkan memandangkan pelbagai perkara yang perlu diteliti sebelum ia dapat dilaksanakan secara seragam di negeri itu.

"Kita perlu melihat banyak aspek dan mengkaji mengenai lesen terutamanya kepada kedai serbaneka dan pasar mini yang terbabit menjual minuman keras. Banyak prosedur yang perlu dibuat terlebih dahulu kerana ia membabitkan banyak pihak," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 Ke-5, di sini Sabtu.

Beliau berkata melalui syarat baru penjualan minuman keras itu, ia akan memastikan hanya penjual bukan Islam sahaja (termasuk juruwang) yang boleh melakukan urusniaga berkenaan.

Abdul Khalid berkata penelitian juga akan dibuat membabitkan penjualan minuman keras hanya boleh dibuat untuk mereka yang bukan beragama Islam yang mencapai had umur sahaja bagi memastikan tidak timbul masalah sosial.

Mengulas mengenai tindakan seorang exco kerajaan negeri yang mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini kelmarin, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco Rabu depan.

"Saya akan mendapatkan penjelasan dari exco terbabit berhubung hal berkenaan," katanya.

Mengenai dakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo bahawa terdapat lebih 4,000 premis judi, hiburan dan urut kesihatan beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu, Abdul Khalid berkata: "Saya tak tahulah kalau dibandingkan sebelum 2008 dan selepas 2008. Nantilah saya akan umumkan, tengok apa bezanya".

Beliau berkata dakwaan Mohamad Khir itu adalah

(Berita - brita ini diambil dari Harakah Daily, 7 Ogos 2009)


****************

Isu arak: Antara Ronnie, Hasan dan Khalid, siapa yang kena...

Betul-betul seriuskah PAS Selangor mendesak Ronnie Liu digugurkan daripada jawatan Exco kerajaan negeri ataupun seperti kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Shabery Cheek, semua itu adalah satu sandiwara.Malah katanya, tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan.“PAS dan DAP akan tidur satu selimut lepas ini,” katanya Khamis ketika mengulas desakan PAS berhubung isu Ronnie mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam, minggu lalu.Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, PAS akan bersuara kononnya dia serius tapi tiada apa-apa akan berlaku selepas ini.Sebenarnya, jika disorot kembali, isu penjualan arak atau membataskan jualan minuman beralkohol di Selangor bukan perkara baru dibangkitkan PAS.Keputusan berhubung peraturan penjualan minuman keras dan mengurangkan premis judi di lima buah negeri pakatan pembangkang dibuat ketika muktamar tahunan PAS tahun lalu.

(Berita ini dari Agenda Daily, 7 Ogos 2009)






No response to “BERITA”

Post a Comment