skip to main | skip to sidebar

EDIT - Thinker

Editor - Petah Shahrir Aidid

  • Home
  • Posts
  • Comments RSS
  • Edit

BERITA

at 15:30 Saturday, 29 August 2009


Amalkan disiplin Ramadan

Oleh YUSRI SAHAT dan YULPISMAN ASLI
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak berucap kepada jemaah selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang, semalam. - MINGGUAN/Mahathir Ali


PEKAN 29 Ogos - Umat Islam akan lebih berjaya pada masa hadapan jika disiplin bulan Ramadan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, bulan puasa mendidik umat Islam berdisiplin, bukan sahaja daripada segi menahan lapar dan dahaga, bahkan dalam aspek perlakuan harian.

Beliau berkata, Ramadan merupakan bulan penyucian jiwa untuk menjauhkan umat Islam daripada sifat bongkak, sombong, memfitnah dan mengumpat.

"Amalan-amalan baik ini jika dilakukan di luar bulan Ramadan, umat Islam akan berjaya dan menjadi lebih cemerlang,'' katanya ketika berucap selepas solat Maghrib berjemaah bersama penduduk di Masjid Kampung Merchong dekat sini malam ini.

Sebelum itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan berbuka puasa bersama penduduk di pekarangan masjid tersebut.

Menurut Najib, umat Islam di negara ini perlu bersyukur kerana dapat menunaikan puasa dalam suasana aman tanpa sebarang gangguan.

"Kita boleh laksanakan sebanyak mana ibadat, cuma kesanggupan sahaja sama ada kita mahu melakukannya atau sebaliknya,'' jelas beliau.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis Ihya Ramadan di Masjid Sungai Miang di sini selepas itu, Najib mengajak umat Islam menjadikan ibadat puasa sebagai kaedah terbaik untuk membentuk keperibadian.

Jelas beliau, kualiti keperibadian seseorang Islam hanya boleh dibentuk jika individu tersebut memiliki sifat tawaduk, berhemah, pemurah, sederhana, berilmu dan cintakan perpaduan.

"Jika kualiti diri kukuh dan mantap, maka aspek luarannya akan bersifat mulia sekali gus menjadikan umat Islam disegani dan dihormati,'' katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib memberitahu, kerajaan sedia meluluskan peruntukan pembinaan masjid baru di Kampung Sungai Miang.

"Bagaimanapun, saya perlu mengenal-pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan masjid baru tersebut,'' tambahnya.

--------------------

Putrajaya hasil sisa makanan tertinggi

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Ogos - Penduduk Putrajaya menghasilkan 27.6 tan sampah daripada sisa buangan makanan sehari iaitu yang tertinggi di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zahri Abdul Ghani berkata, jumlah itu merupakan 69 peratus daripada jumlah 40 tan sampah sehari yang dikutip di wilayah itu.

''Ini berdasarkan satu kajian yang dilakukan baru-baru ini yang di kenal pasti menjadi punca utama program kitar semula di Putrajaya tidak berjaya sejak 10 tahun lalu.

''Hanya 10 peratus sahaja proses kitar semula dicapai di wilayah ini berikutan jumlah sisa makanan lebih banyak dihasilkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pelancaran Projek Perintis Pengasingan Sisa Pepejal Dipunca di sini, hari ini.

Projek usahasama Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) itu, Putrajaya dipilih menjadi lokasi pertama sebagai permulaan amalan pengurusan sisa pepejal yang lebih terancang di samping memupuk kesedaran dan pemahaman di kalangan masyarakat terhadap pengurusan itu yang lebih ideal dan mesra alam.

Mengikut statistik, setiap penduduk Putrajaya menghasilkan 0.8 peratus sehingga 1.25 kilogram sampah setiap hari bagi tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Jumlah ini dikatakan mampu menyumbang kepada penjanaan sisa pepejal yang beribu kali ganda pada masa hadapan sekiranya tidak diberi perhatian sewajarnya.

Menurut Zahri, bagi mengatasi masalah sisa buangan makanan berlebihan itu, penduduk Putrajaya kini disaran mengasingkan sisa makanan dan sisa organik secara lebih terancang dan akan dihantar ke tapak kompos Presint 20 untuk dikitar semula menjadi baja.

''Dengan pengasingan sisa makanan ini, maka sasaran untuk mencapai pengurangan 40 peratus sisa itu dilupuskan ke tapak pelupusan berjaya dicapai," katanya.

Sementara itu, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pelaksanaan program kitar semula negara ini masih di tahap rendah berbanding negara maju lain.

''Singapura telah berjaya mencapai kadar 40 peratus kitar semula sedangkan Malaysia masih mengejar sasaran sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020.

''Penglibatan semua lapisan masyarakat menjadikan kitar semula sebagai amalan budaya mampu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal dan menjimatkan kewangan negara," katanya.

(Berita - berita ini diambil dari Utusan Online, 30 Ogos 2009)

***** ******

Media asing eksploitasi isu sekatan jalan kaum Penan

MIRI: Sesetengah media asing dipercayai sengaja mengeksploitasi isu sekatan jalan oleh suku kaum Penan di kem pembalakan di Baram, utara Sarawak semata-mata untuk mendapatkan perhatian dan meraih ‘populariti’ antarabangsa.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, berkata organisasi itu seolah-olah sudah ketandusan isu dan menjadikan Penan sebagai bahan siaran untuk menarik perhatian antarabangsa dan menggambarkan mereka memperjuangkan hak suku kaum itu.

“Sedangkan mereka sekadar ingin meraih untung dan populariti murahan daripada isu Penan. Itu saja niat mereka (pengamal media asing)... ambil kesempatan daripada sekatan jalan terhadap kem pembalakan di Baram untuk tarik perhatian antarabangsa.

“Tunjukkan kepada dunia seolah-olah mereka memperjuangkan hak kaum Penan, sedangkan niat sebenar untuk mendapatkan keuntungan, bukannya hendak bantu Penan. Kita (kerajaan negeri) yang bersusah payah bantu Penan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Lusut Jaya, dekat sini semalam, Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, berkata situasi sama dilakukan aktivis alam sekitar, Bruno Manser, beberapa tahun lalu.

Sambil membidas laporan empat wartawan dan jurugambar asing mengenai sekatan jalan oleh suku kaum Penan bagi menghalang aktiviti pembalakan di Long Nen itu, beliau berkata, Bruno mendapat untung banyak hasil rakamannya berhubung Penan, tetapi suku kaum itu langsung tidak mendapat sebarang hasil.

“Yang untung Bruno, bukan Penan. Berbeza dengan kerajaan negeri yang sentiasa membantu suku terbabit dengan apa cara sekali pun bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan,” katanya.

Mengenai hasil dialog bersama ketua kaum Penan di Baram, kelmarin, bagi menyelesaikan isu itu, Jabu berkata, perbincangan susulan akan diadakan mengenai perkara itu tetapi Berita Harian difahamkan, Penan dari Long Nen masih meneruskan sekatan jalan berkenaan.

-----------------------

22 projek RM300j siap akhir 2010

GEORGETOWN: Sebanyak 22 projek pembangunan di Pulau Pinang bernilai hampir RM300 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang mengalami kelewatan, dijadualkan siap sepenuhnya hujung tahun depan.

Ia membabitkan tiga projek Kementerian Pelajaran, masing-masing dua projek di bawah Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, masing-masing satu projek Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Belia dan Sukan serta enam projek di bawah Kementerian Kesihatan.

Antara projek itu ialah menaik taraf Jalan Teluk Kumbar ke Pekan Genting; Rumah Persekutuan Jalan Scott; Politeknik Balik Pulau; Ibu Pejabat Bomba Pulau Pinang di Batu Kawan dan Kuarters Hospital Seberang Jaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata semua projek itu mengalami kelewatan kira-kira setahun berikutan pelbagai faktor, termasuk masalah pengambilan balik tanah, kontraktor atau perunding meninggalkan projek, proses tender semula dan pelantikan kontraktor baru.

“Kerajaan akan memastikan semua projek berkenaan disiapkan sebelum tamat tempoh rancangan pada Disember 2010,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Pembangunan Pulau Pinang, di sini semalam.

Sehubungan itu, Nor Mohamed berkata, tindakan segera akan diambil untuk mengkaji faktor kelewatan dan menggerakkan semula projek itu supaya siap sebelum tamat RMK-9

Secara keseluruhan, katanya, sebanyak 1,055 projek pembangunan fizikal membabitkan peruntukan RM7.6 billion dilaksanakan di Pulau Pinang di bawah RMK-9.

(Berita ini dari Berita Harian Online, 30 Ogos 2009)


***** ******


Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaan Selangor

Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis �tunggu dan lihat� cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

Image"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

�Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.

Firman Allah bermaksud, �Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.�

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda �ekstrem� terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan �Kami Bantah�.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, �Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden �Kepala Lembu Berdarah� itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.

-------------------

Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam

Abdul Aziz Mustafa
Sat | Aug 29, 09 | 8:00:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam.

"Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam.

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam..

Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno.

Mereka turut disertai oleh beberapa orang yang mendakwa penduduk kawasan berkenaan.

Mahfuz menyifatkan perbuatan itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno.

Image"Jika pemimpin Umno mendalangi perarakan ajaran sesat itu, mereka sepatutnya merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan yang akan menyebabkan pihak lain memburukkan Islam dan umatnya," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mana-mana pihak sekalipun boleh membantah apa yang tidak mereka setujui.

"Tetapi, bantahlah secara bertamadun," kata beliau.

Perbuatan menghina agama lain, kata Mahfuz, adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat nas yang jelas mengenainya,

Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

Malaysiakini melaporkan, polis hanya memerhati sahaja perbuatan kumpulan itu.

Mengulas kejadian tersebut dalam blognya, Datin Paduka Marina Mahathir menulis posting yang bertajuk "Barbarians at the gate".

Beliau menyifatkan perbuatan kumpulan itu mencemarkan agama mereka sendiri.


-------------------


Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas- Mahfuz
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Kerajaan Malaysia digesa menarik balik Permit Import (AP) PADIBERAS Nasional Bhd. (Bernas) bagi menjamin keselamatan makanan negara.

Pemberian AP kepada Bernas telah menyebabkan syarikat itu berkuasa melambakkan beras negara luar sekaligus mengancam pasaran beras tempatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, Bernas sebuah syarikat perniagaan yang mengamalkan dasar monopoli yang seratus peratus mementingkan keuntunggan berbanding menjaga makanan utama rakyat di negara ini.

"Kerajaan perlu tarik balik permit import yang telah diberikan kepada Bernas. Mana boleh bagi kepada syarikat monopoli. Dasar monopoli hanya mementingkan keuntungan syarikat dan mana mungkin mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Ianya sangat bahaya kepada keselamatan makanan negara," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Salah guna kebenaran eksport beras katanya sering berlaku contohnya di Sarawak pada satu ketika dahulu apabila sejumlah beras luar dibawa masuk kedalam negara tanpa AP dan ditahan oleh Kastam Diraja Malaysia. Kastam bagaimanapun membenarkan ia dibawa masuk selepas berlaku perundingan dengan kerajaan Malaysia.

"Di Sarawak contohnya, beras dibawa masuk tanpa permit ditahan Kastam, tapi kerajaan benarkan lepas berunding dengan Bernas. Maknanya bernas ada kuasa, boleh buat apa sahaja sebab mereka tahu kerajaan mesti akan benarkan mereka. Jadi bagaimana dengan nasib beras tempatan kita?," tegasnya.

Selain membatalkan AP, beliau juga mendesak kerajaan menarik balik kuasa Bernas menyimpan bekalan kecemasan. Menurut Mahfuz, Bernas tidak akan menyimpan stok kecemasan beras pada tempoh yang lama kerana tindakan itu akan merugikan mereka.

Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.

"Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?," soalnya pula.

Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.

Sehubungan itu, semua import beras katanya perlu dikawal selia pihak kerajaan sendiri termasuk juga penyimpanan stok kecemasan. Ianya penting bagi mengawal lambakan beras luar dan bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terjamin.

" Saya tak kata Bernas tidak boleh berniaga beras, dia boleh berniaga beras, tapi jangan bagi permit import dan jangan bagi kuasa simpan stok kecemasan. Biar dia pun ambil beras dari kerajaan, berapa peratus dia nak, kerajaan pertimbangkan lah" ujarnya.

Mengulas tindakan kerajaan yang ingin mengambil balik milikan 31 peratus ekuiti di dalam Bernas yang dimiliki oleh syarikat dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak), Mahfuz berkata ianya bukan jaminan sektor pemakanan utama negara akan selamat.

"Itu urusan bisnes biasa, soalnya apakah ambil balik itu beri jaminan masa depan kepada sektor makanan kita?," soalnya.

Mahfuz sebelum ini antara yang mempertikai pemilikan 31 peratus ekuiti Bernas oleh syarikat asing berkenaan. Antara yang dipersoal adalah bagaimana Wang Tak boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 31 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan.

Lebih menghairankan apabila tindakan Wang Tak itu juga 'tidak disedari' oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, memegang saham pilihan yang boleh ditebus (redeemable preference share) atau lebih kenali sebagai saham emas di dalam Bernas. Saham istimewa itu memberikannya kuasa pembatal bagi melindungi kepentingan awam. Lazimnya kerajaan mempunyai dua orang wakil dalam Lembaga Pengarah Bernas.

Dan turut dipersoal adakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak dimaklumkan sedangkan semua jual-beli saham yang melebihi lima peratus saham berbayar sesebuah syarikat wajib dimaklumkan kepadanya.

Mengikut laporan, selain wang Tak, pemegang saham utama Bernas adalah Budaya Generasi yang memiliki 30.8 peratus dan Serba Etika 6.46 peratus. Budaya Generasi juga dikaitkan dengan usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Namun apa yang menjadi kebimbangan pada waktu ini, adakah nasib sama seperti berlaku pada Khazanah Nasional sewaktu membeli balik operasi Pantai Holdings akan berulang.

Pembelian balik tersebut adalah dengan harga yang berganda tingginya daripada harga yang dibayar oleh Parkway untuk menguasai Pantai Holdings.

Inilah yang mungkin terjadi kepada Bernas yang terpaksa dibeli balik dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Wang Tak.

(Berita - berita inji diambilo dari Harakah Daily, 30 Ogos 2009)


***** ******


Sivakumar nak buat hal lagi…Speaker kata tiada siding DUN Perak Rabu ini

Jangan terkejut jika sidang Dewan Undangan Negeri Perak ‘ bawah pokok’ berulang balik.Tunggu saja Rabu 2 September ini tengok apa jadi gara-gara Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Tronoh V Sivakumar ‘ buat gila’ panggil sidang DUN hari itu.

Gelagatnya itu dikatakan sengaja untuk bikin kecoh sekalipun beliau bukan lagi Speaker DUN itu selepas siding DUN sah dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 7 Mei lalu dimana jawatanya sudah dilucutkan.

Speaker DUN Perak yang sah Datuk R. Ganesan mengadakan sidang akhbar Sabtu untuk memberitahu semua DUN Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Beliau berkata tindakan . Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Katanya Sivakumar masih mahu “menyamar” dan bertindak sebagai YDP dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.

“Saya juga ingin memaklumkan kepada semua Adun supaya mengenepikan sebarang arahan atau dakwaan yang dibuat oleh Adun Tronoh... ini berdasarkan kepada ketetapan dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu antara lainnya, dengan suara majoriti telah melucutkan jawatan Adun Tronoh daripada jawatan Yang Dipertua dan selanjutnya melantik saya sebagai YDP yang baru,” katanya.

Jumaat Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata ADUN Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

ADUN pembangkang daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 Adun terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai “Sidang DUN bawah pokok”.

Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.

“Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai “rampasan kuasa” dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.

Ganesan berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam “sidang DUN” pada Rabu ini.

(Berita ini dari Agenda Daily, 30 Ogos 2009)











No response to “BERITA”

Leave a response | Comments (Atom)

Post a Comment

« Newer Post Older Post »

Twitter

Twitter

    follow me on Twitter

    Labels

    • (( (1)
    • (Berita ini dari Harakan (1)
    • (Dari (1)
    • antara (1)

    Blog Archive

    • ► 2012 (284)
      • ► August (59)
      • ► July (71)
      • ► June (82)
      • ► May (71)
      • ► April (1)
    • ► 2011 (1)
      • ► March (1)
    • ▼ 2009 (593)
      • ► December (72)
      • ► November (103)
      • ► October (82)
      • ► September (101)
      • ▼ August (116)
        • BERITA
        • DARI SEJARAH NUSANTARA
        • SASTERA MELAYU
        • MALAYSIA
        • BERITA LUAR NEGARA
        • KISAH DARI NOVEL
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • DARI SEJARAH NUSDANTARA
        • BERITA
        • DARI SEJARAH NUSANTARA
        • DARI SEJARAH NUSANTARA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • SEJARAH NUSANTARA
        • KHUTBAH JUMAAT
        • SEJARAH NUSANTARA
        • BERITA
        • BERITA
        • BUKU BARU! AKAN ...
        • SASTERA MELAYU
        • KESIHATAN
        • BUKU BARU! AKAN ...
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA
        • BUKU BARU! AKA...
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA
        • ANDA INGIN MEMBACA BUKU INI?
        • BUKU BARU! AKAN TERBIT!
        • KEPERIABADIAN
        • SASTERA MELAYU
        • MASJID BESI
        • ANDA INGIN BACA BUKU INI?
        • KEPERIBDIAN
        • BERITA
        • SEJARAH DAN IMAN
        • BUKU BARU! AKAN TE...
        • SASTERA MELAYU
        • BUKU BARU! AKAN ...
        • BERITA
        • KHUTBAH JUMAAT
        • SASTERA MELAYU
        • SEBUAH KENANGAN MANIS DIKUALA KANGSAR
        • BERITA
        • BUKU BARU! AKAN...
        • HARAPKAN IHSAN ORANG RAMAI
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA KHAS
        • BERITA
        • BERITA
        • BUKU BARU! AKA...
        • PERINGATAN KEPADA UMMAH (ulangan)
        • AYAT - AYAT QURAN UNTUK MERAWAT
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • BUKU BARU! AKAN ...
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • BUKU BARU! AKA...
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA
        • BUKU BARU! AKAN ...
        • SASTERA MELAYU
        • BUKU BARU! AKAN...
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA
        • ALLAH MENJEMPUTNYA KE SYURGA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA
        • GUGUR SEORANG MUJAHID
        • BUKU BARU! A...
        • POLITIK
        • KHUTBAH JUMAAT
        • BERITA LUAR NEGARA
        • POLITIK
        • TAKZIAH
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BUKU BARU! AKAN...
        • BERITA
        • BUKU BARU! AK...
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • BUKU
        • SASTERA MELAYU
        • PLUS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • BERITA
      • ► July (119)

    Followers

     
    © 2009 EDIT - Thinker. Powered by Blogger
    Design by Subhadeep Bloggerized By LawnyDesigns