Oleh Mohd Sabri Said dan Dzulfikar Mashoor | ||||||||||||||||||
BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan perlantikan Mohd Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) malam tadi sekiranya menang.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kenyataan demikian sejurus mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri. Salleh akan ke jawatan penting itu, sejurus penyandangnya sekarang, Adun Permatang Berangan Shabudin Yahya tamat kontrak kelak. Kata Anwar, "kami akan cadangkan nama Mohd Salleh selaku presiden MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong selepas penggal Shabudin berakhir." Salleh ditentang calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. Pengumuman itu secara tidak langsung menjawab dakwaan Umno sebelum ini, bahawa PAS terpinggir dari Pakatan Rakyat negeri. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini. (Gambar: Hubungan rapat Lim dan Salleh untuk kepentingan umat Islam Pulau Pinang) "Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini," jelasnya. Ustaz Saleh memang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut memandangkan beliau mempunyai kelulusan syariah. Tambahan lagi, hubungannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat juga rapat dan pernah mengikuti beberapa delegasi ke luar negara mencari pelaburan baru untuk dana Pulau Pinang. "Ustaz Saleh memang layak untuk jawatan itu semua rakyat akan tunggu dan lihat perkembanganya nanti. Oleh itu, apa yang penting pastikan kemenanganya dulu dengan majoriti yang lebih besar," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan. Lim berjanji akan membantu Ustaz Saleh bersama empat lagi Adun Pakatan Rakyat bagi meninggikan syiar Islam di negeri ini selari dengan slogan kerajaan yang mengamalkan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar dan pemerintahan Umar Abdul Aziz. "Bukan sahaja pendekatan Umar Abdul Aziz malahan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T) terus menjadi amalan kerajaan. Cara ini boleh mengubah pandangan awam agar memberi sokongan padu pada kerajaan sekarang berbanding BN dulunya," terang beliau lagi. Turut hadir dalam program penerangan sempena kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir ialah Speaker Dun Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Husein, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Anuar Tahir serta Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh. ------------------- MB serah surat mohon Radzhi digugur kepada Sultan Kedah?
---------------------- 'Lebih panjang dari serbannya' kenyataan menghina Islam
(Berita - berita ini diambil dari Harakah Daily, 25 Ogos 2009) ***** ***** Sultan Kedah belum putuskan...Radzhi masih ExcoSultan Kedah belum membuat keputusan terhadap permohonan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk menggugurkan ADUN Lunas, Mohammad Radzhi Salleh daripada jawatan Exco ekoran tindakan ADUN itu keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas. Azizan yang telah menyerahkan surat tersebut ke bawah Tuanku Sultan Kedah berkata, surat permintaan PKR supaya perkhidmatan Radzhi ditamatkan dan diganti dengan orang lain turut dilampirkan. "Pertemuan saya dengan Tuanku berjalan mesra. Saya harap Tuanku akan pertimbangkan permohonan ini tetapi saya tidak tahu bila baginda akan buat keputusan. KOMEN PM: Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan tindakan ADUN PKR kawasan Lunas, Mohamnad Radzhi Salleh meninggalkan parti itu adalah cerminan wujudnya ketidaksefahaman dalam pakatan pembangkang. Menurutnya, tindakan ADUN itu jelas membuktikan masalah dalaman pembangkang dan ia tidak ada kena mengena sama ada dipengaruhi oleh UMNO atau tidak. Berita Awal: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh ( kiri ) mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur. BN yakin buat kejutan di Permatang Pasir Mengharap angin perubahan (Berita - berita ini diambil dari Agenda Daily, 25 Ogos 2009) ************************* Pendatang tanpa izin pulang beraya dipantauKUALA LUMPUR: Pihak berkuasa kini meningkatkan pemantauan kawasan perairan negara bagi menghalang kegiatan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia menyusup keluar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri. “Mereka sering menggunakan bot pancung dan ada juga kes sebelum ini nelayan tempatan turut membawa pendatang asing itu menggunakan bot mereka sebelum dipindahkan ke bot lebih besar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. (Berita ini diambil dari Berita Harian, 25 Ogos 2009) *********************** SPRM tak terlibatSHAH ALAM 24 Ogos – Tiada sebarang bukti mahupun fakta baru diperoleh hasil siasatan yang dijalankan oleh polis berhubung isi kandungan `surat misteri’ yang kononnya dapat membantu inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Malahan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas sampel 12 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor termasuk Timbalan Pengarahnya, Hishamuddin Hashim yang diambil sekali lagi pada Rabu lalu turut disahkan tidak sepadan dengan dua DNA yang tidak dikenali pada kot dan tali pinggang Beng Hock. Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan menegaskan demikian di Mahkamah Koroner di sini semasa menjawab lima tohmahan yang dibangkitkan dalam surat misteri itu pada prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari ke-13 hari ini. Pada 19 Ogos lalu, peguam pemerhati keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo menarik perhatian Koroner Azmil Muntapha Abas berhubung kewujudan surat misteri setebal lima muka surat bertarikh 5 Ogos lalu yang diterimanya daripada seseorang antara pukul 5 dan 6 petang, hari sebelumnya. Rentetan pendedahan surat yang tiada tandatangan pengirimnya itu, Azmil memerintahkan supaya pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP), Ahmad Nazri Zainal menjalankan siasatan lanjut. Menurut Hock Chuan, tiada sebarang keterangan yang dapat membuktikan atau menyokong tohmahan dalam surat itu bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor kononnya telah memberikan arahan kepada para pegawainya yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkannya dalam kes Beng Hock. “Pihak polis telah merakam percakapan-percakapan yang relevan tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, tiada keterangan yang dapat membuktikan tohmahan yang dilemparkan itu,” katanya. Begitu juga dengan tohmahan bahawa Timbalan Pengarah SPRM negeri itu kononnya telah mengarahkan pegawainya supaya mengelap kesan cap jari pada bahagian tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam dan menggunakan teknik soal siasat tersendiri, turut gagal menunjukkan sebarang bukti. Sehubungan itu, Hock Chuan meminta Azmil mempertimbangkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan kesan cap jari pada bahagian tingkap di tingkat 14, namun tidak cukup jalur untuk membuat perbandingan dan bukannya tiada langsung kesan cap jari ditemui seperti didakwa dalam surat. Mengenai dakwaan timbalan pengarah terbabit tidak mengetip kad perakam waktu pada pagi 16 Julai lalu, menurutnya, polis telah mendapatkan kad tersebut dan pegawai terbabit telah mengesahkan bahawa beliau memang tidak mengetipnya waktu keluar pada pagi tersebut. Menurut Hock Chuan, pegawai berkenaan masuk bertugas pada malam, 15 Julai tetapi tidak mengetip keluar pada pagi, 16 Julai lalu. Sehubungan itu, beliau berpendapat Azmil perlu bertanya kepada pegawai berkenaan ketika dipanggil memberikan keterangan kelak. Lagipun ujar Hock Chuan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah menunjukkan timbalan pengarah terbabit keluar dari Plaza Masalam pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai lalu. Mengenai tohmahan berkaitan timbalan pengarah tersebut yang dikatakan memberikan calitan sampel di bilik beliau sendiri berbanding pegawai SPRM yang lain di bilik mesyuarat, jelas Hock Chuan: ‘‘Ingin saya tegaskan di sini, ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong telah mengatakan tohmahan tersebut tidak benar kerana beliau sendiri hadir ketika sampel diambil.’’ Sungguhpun begitu, menurut peguam tersebut, ekoran perintah Azmil, timbalan pengarah berkenaan dan beberapa pegawainya telah memberikan sampel untuk tujuan analisis DNA yang baru pada petang Rabu lalu. Peguam mewakili kerajaan Malaysia itu turut menyerahkan laporan ujian DNA bertarikh 20 Ogos lalu kepada mahkamah. Sampel diambil oleh Lay Hong dengan kehadiran Ahmad Nazri dan peguam pemerhati bagi Majlis Peguam Malaysia, Teoh Lee Ting. Hock Chuan bagaimanapun tidak bercadang membuat sebarang komen berhubung tohmahan lain yang disebut dalam surat misteri tersebut kerana ia berada di luar skop inkues. Setelah mendengar penjelasan tersebut, Gobind melahirkan rasa tidak puas hati kerana bagi beliau, penjelasan sepatutnya dibuat oleh pegawai penyiasat dan pihak pembelaan berhak untuk menyoal balas. Pihaknya juga tetap bertegas supaya mahkamah menandakan surat tersebut sebagai bahan bukti prosiding berkenaan. Hock Chuan bagaimanapun menyatakan surat tersebut tidak perlu ditandakan sebagai bahan bukti dengan alasan ‘‘pihak yang bersalah tidak patut dilindungi dan orang yang tidak bersalah tidak patut dipersalahkan’’. Pada peringkat ini, Ketua Unit Pendakwaan SPRM yang merupakan peguam pemerhati bagi suruhanjaya tersebut, Datuk Abdul Razak Musa mencelah, dengan mengesyorkan supaya surat tersebut diambil dan ditarik balik oleh Gobind agar pihak-pihak tidak bersubahat memfitnah orang. Tambahan pula, kata beliau, tiada dalam peruntukan undang-undang untuk membawa masuk surat layang sebagai keterangan. Perkara itu membuatkan Gobind berang dan bingkas bangun sambil berkata: ‘‘Apa tarik balik? Fikir dulu sebelum bercakap. Beng Hock sudah mati. Siasatan sudah dijalankan dan laporan berkaitan surat ini telah dikeluarkan. Jadi surat ini hendaklah ditandakan sebagai bahan bukti prosiding inkues. Jika tidak, kita tidak akan tahu ia merujuk kepada surat mana.’’ Azmil bagaiamanapun menyatakan bahawa perkara berkaitan surat tersebut tidak menimbulkan masalah kerana beliau sedia maklum mengenainya. ----------------- Polis tembak mati 4 penjenayahSEREMBAN 24 Ogos – Empat penjenayah dipercayai warga Indonesia yang amat dikehendaki dalam kes samun dan pecah rumah di sekitar Labu dan Nilai, mati setelah berbalas tembakan dengan polis di sebuah ladang kelapa sawit milik Sime Darby, di sini pagi ini. Kejadian berlaku pada pukul 5.20 pagi ketika kereta yang dinaiki mereka terbabas dalam sebuah terowong sempit menghala ke Jalan Kuari di ladang itu ketika cuba melarikan diri daripada polis. Berikutan itu, empat suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun tersebut telah keluar dari kereta lalu melepaskan dua das tembakan ke arah polis serta menyerang dengan menggunakan parang. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, polis yang bertindak-balas menembak mati kesemua suspek untuk mempertahankan diri. Beliau berkata, sebelum itu, dua pasukan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 13 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban melakukan rondaan secara berasingan pada pukul 3 pagi. ‘‘Ini kerana kita menerima banyak laporan kes kecurian dan pecah masuk rumah di sekitar Batu 9 dan Batu 10, Labu. Ketika itu satu pasukan telah terserempak dengan sebuah kereta yang mencurigakan di Simpang Gadung, Labu. ‘‘Apabila anggota kita keluar untuk memeriksa kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih dan bernombor pendaftaran WJP 5728 itu, pemandunya memecut laju sehingga ke ladang kelapa sawit. ‘‘Bagaimanapun kereta itu terbabas dan melanggar terowong sempit di bawah Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 276.3 dekat Nilai,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh. Menurut Osman, seorang daripada suspek keluar dari kereta dan melepaskan dua das tembakan menggunakan sepucuk revolver .38 ke arah polis manakala tiga lagi menyerang dengan menggunakan parang. ‘‘Anggota polis melepaskan tujuh das tembakan dengan enam daripadanya mengenai mereka. ‘‘Tidak ada sebarang dokumen ditemui bersama suspek-suspek tetapi polis percaya mereka adalah dari negara jiran berdasarkan bentuk badan, pakaian dan warna kulit. Kita akan mengenal pasti mereka melalui cap jari,’’ ujar beliau. Beliau berkata, pemeriksaan polis menemui sepucuk revolver .38, dua kelongsong peluru dan empat lagi peluru hidup dalam senjata api itu. Turut ditemui dua bilah parang panjang, sebilah parang pendek, senjata jenis sabit dan alat pemotong besi yang digunakan penjenayah. ‘‘Pemeriksaan mendapati kereta digunakan suspek dicuri dan dilaporkan hilang di Terminal 2, Seremban, pada 8 Mei lalu. Nombor pendaftaran digunakan juga dipercayai palsu,’’ katanya. Osman berkata, dengan kejayaan pasukan polis itu, pihaknya berjaya menyelesaikan lima kes samun dan pecah masuk rumah sekitar Labu, Nilai, Lukut, selain Selangor. ‘‘Kali terakhir penjenayah itu melakukan samun di sebuah rumah di Labu, pada 22 Ogos lalu. Mereka melarikan telefon bimbit, komputer riba, kamera digital dan wang tunai dengan kerugian berjumlah RM5,000. ‘‘Pada hari itu, mereka turut menyamun sebuah lagi rumah di kawasan sama dan melarikan empat telefon bimbit, wang tunai, RM15 dengan jumlah kerugian sebanyak RM1,500,’’ katanya. (Berita - berita ini diambil dari Utusan Online, 25 Ogos 2009) |
No response to “BERITA”
Post a Comment