SASTERA MELAYU

PANTUN


Ngapa cabut uban anda,

Benarkah anda masih muda;

Apa takut kahwin janda,

Jika cinta sama cinta.


Layang - layang di hujung tali,

Tali benang dari Hindi;

Sayang tuan padang mastuli,

Sayang kami kerana budi.


Naik pedati pergi ke Patani,

Anak Siam mati tergantung;

Baik budi penghuni di sini,

Banyak amalan datang untung.


Itik serati dalam sawah,

Bangau tua makan ikan;

Baik hati kurangkan marah,

Sepanjang jalan ramai rakan.


Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih saya lurutkan;

Buang emak buang saudara,

Kerana kasih saya turutkan.


No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment