BERITA

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau
Oleh Rizal Tahir
KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

ImageNampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.


----------------------


Dr Lo' Lo' kini stabil, dalam proses pemulihan
Hazayani Zakaria
Image

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dalam peringkat pemulihan setelah selamat menjalani pembedahan di Intitut Jantung Negara (IJN).

Menurut Pegawai Operasi Parlimen Titiwangsa,Mohd Ehsan Mohd Surur, Dr. Lo' Lo' dimasukkan ke IJN pada minggu lepas dan kini masih menjalani rawatan fisioterapi di situ. Beiau turut menjalani rawatan secara allopathy,alternatif dan ruqyah.

"Dr tidak mempunyai apa-apa masalah selepas pembedahan dan sekarang dalam proses pemulihan. Beliau menjalani pembedahan biasa sahaja,"jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Sementara itu, suaminya, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim berharap orang ramai mendoakan kesihatan beliau.

Dalam masa yang sama, beliau juga memaklumkan buat masa ini pihak keluarganya menghadkan lawatan dan kunjungan ke atas Dr Lo' Lo' memandangkan wabak influenza A H1N1 semakin membimbangkan.

"Kita harap orang ramai tolong doakan beliau. Tapi buat masa ini tidak digalakkan sangat untuk melawat sebab wabak H1N1,"katanya.

(Berita ini dari Harakah Daily, 18 Ogos 2009)


***** *****



TERBARU: Ahli Parlimen PKR Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan pagi Selasa didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kerana menghalang tugas polis semasa penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir pagi Isnin. Dalam kejadian di depan IKBN, Kubang Semang pada kira-kira jam 11 pagi itu dia antara lain telah menampar seorang anggota polis. Kesnya akan didengar pada 28 September ini. Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Setahun lalu semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan gelaran ‘Sivaji The Boss’ oleh para pengikutnya. Kini semasa pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang berada di dalam Parlimen Permatang Pauh, anak didiknya N. Gobalakrishnan melagakkan watak Sivaji apabila bertindak ibarat hero filem Tamil itu. Mana tidaknya, dalam kawasan larangan untuk berhimpun, Ahli Parlimen Padang Serai itu yang naik ‘minyak’ ekoran sorakan sokongan para penyokong telah mengetuai ejekan kepada Barisan Nasional (BN), UMNO, Perdana Menteri dan polis. Tindakannya yang cuba menonjolkan dirinya ‘hero rakyat’ itu telah menyebabkan pihak polis meminta beliau agar tidak membuat tindakan provokasi di kawasan larangan berkenaan. Insiden berlaku sejurus beliau keluar dari kawasan pusat penamaan calon dan disambut dengan tepukan dan sorakan oleh para penyokongnya dan beliau terus ke arah penyokong yang berada di seberang jalan di dalam kawasan berpagar sambil bersalaman dan melaungkan slogan ejekan kepada BN dan UMNO serta polis
(Berita ini daiAgenda Daily, 18 Ogos 2009)









No response to “BERITA”

Post a Comment