TPM MINTA NIK AZIZ TAUBAT .... NAMUN NIK AZIZ TETAP NIK AZIZ
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub begitu konfiden sekali semasa mencabar supaya didedahkan klip video sebenar yang mengandungi kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan 'Ahli UMNO tidak akan masuk syurga'. Menurut transkrip rakaman audio berkenaan Menteri Besar Kelamtan itu jelas berkata : ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. ‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kebelakangan ini berkali-kali secara terbuka membidas Nik Aziz mengenai tindak tanduknya Khamis meminta beliau mengakui kesilapannya dan bertaubat . Menurut Timbalan Perdana Menteri kenyataan Nik Abdul Aziz itu bukan sahaja bertentangan dengan keputusan majlis fatwa tersebut bahkan bercanggah dengan undang-undang syarak. Namun Nik Aziz tetap Nik Aziz .Bercakap kepada para wartawan di Kota Bharu Khamis tetap mempertahankan beliau tidak salah. Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak akan berhenti untuk mengeluarkan kenyataan walaupun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. "Selagi orang kacau saya, saya akan terang sampai dia puas hati. Dia nak terima atau tak, dia punya pasal. Kalau tak kena atau tak puas hati tanya saya, jangan tanya surat khabar. "Apa yang orang nak kata pada saya katalah tetapi apa sudahnya, biarlah ada hujah, kalau betul saya terima. Kalau tak betul saya anggap mengumpat, saya tengok sebanyak mana jawapan surat khabar tidak ada hujah, saya nak tumpang ilmu pun tidak boleh," katanya. Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.
Katanya kepada wartawan di Markas Besar PAS di Permatang Pasir Rabu "Jika mereka jujur, sila dedahkan klip video itu. Lainlah kalau pihak terbabit berniat membina ikon kebencian ke atas tokoh agama Kelantan itu.”
Soalnya sekarang apakah tokoh muda dalam PAS seperti Salahuddin juga tergolong sama mereka yang taksub membabi buta hingga dapat menelan bulat-bulat apa saja dikata oleh Musyridul Am PAS yang merasa dirinya seolah ada hak untuk menentukan siapa yang boleh masuk syurga dan neraka.
Cabaran beliau nampaknya makan diri bila TV3 Khamis malam menerusi Buletin Utama menyiarkan rakaman audio perbualan Nik Aziz dengan wartawan semasa penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir di IKBN,Kubang Semang,Pulau Pinang pada 17 Ogos.
Sejak di piliihanraya kecil Manek Urai hingga ke Permatang Pasir ‘ Tok Guru’ Nik Aziz terus mengulangi ayat yang sama.
Banyak pihak merasakan PAS sebagai sebuah parti harus membuat satu pendirian rasmi terhadap kenyataan yang songsang itu.
Bukan sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan menilai kenyataan Nik Aziz itu menyeleweng daripada ajaran Islam tetapi hukum akal siapa saja yang rasional tahu Musyridul Am PAS itu ‘mengarut’.
Ikut sumber-sumber PAS ramai dikalangan ahli parti itu yang bersikap sederhana merasa cukup malu dengan tindak tanduk pembesar mereka yang tidak sudah-sudah ‘ cuba nak jadi Tuhan itu”.
"Biasanya orang yang bersalah, dia kena bertaubat dari segi agama. Dia mesti bertaubat kerana melakukan kenyataan itu adalah satu kesalahan, dia kena minta maaf bukan dengan kita tetapi dengan Allah SWT kerana itu asas yang diguna pakai apabila fatwa telah diputuskan," katanya pada sidang akhbar di Gerai Makan Bukit Kepong di Pagoh .
Beliau sebaliknya kata keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak masuk syurga kerana ia dibuat tanpa mendapat penjelasan darinya terlebih dahulu.
"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya.
Bagaimanapun, Nik Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.
"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad S.A.W. dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.
"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.
--------------------
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada hari Khamis percaya tindakan merosakkan kenderaan pacuan empat roda milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap.Beliau berkata kejadian awal pagi Khamis dimana enam botol bom api "molotov cocktail" dilemparkan ke kenderaan milik SPRM cawangan Klang menunjukkan adanya usaha berterusan untuk mengugut dan menakut-nakutkan pegawai suruhanjaya itu. Beliau berkata kejadian awal pagi Khamis dimana enam botol bom api "molotov cocktail" dilemparkan ke kenderaan milik SPRM cawangan Klang menunjukkan adanya usaha berterusan untuk mengugut dan menakut-nakutkan pegawai suruhanjaya itu.
"SPRM tidak akan tunduk dan mengalah. Kejadian itu tentunya sama sekali tidak akan berjaya menghalang usaha dan tanggungjawab SPRM. Sebab kerja macam itu hanya (kerja) orang pengecut sahaja.
"(Mereka) yang selalunya buat perkara seperti itu. Sebab itu saya kata ada kemungkinan ia berkaitan dengan kongsi gelap," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang SPRM di Putrajaya.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed.
Pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail berwarna emas itu diletakkan di tempat letak kereta berbumbung bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Klang lama, di Jalan Kota di sini telah dibaling botol bom api itu dipercayai awal pagi ini, dan hanya disedari oleh kakitangan SPRM pada pukul 7.45 pagi tadi
Sementara itu, Ahmad Said berkata setakat ini laporan yang diterimanya hanya sebuah kenderaan pacuan empat roda milik SPRM sahaja yang rosak.
"Maklumat awal terdapat empat molotov cocktail', cukup untuk membakar seluruh bangunan kalau tak dihalang. Ia satu ancaman tetapi ini tidak akan menghalang kami menjalankan tugas," katanya.
Ahmad Said berkata semua pegawai SPRM juga sudah menjalani latihan secukupnya dan bersedia menghadapi apa jua keadaan.
Bagaimanapun, beliau enggan memaklumkan jumlah anggota SPRM yang dilengkapi senjata.
"Jadi memang wajarlah langkah SPRM sebelum ini mempersiap petugas mereka dengan senjata dan menjalani latihan menembak, sebab untuk berdepan dengan masalah seumpama inilah," tegas Nazri.
Beliau juga mengingatkan semua pegawai SPRM untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan sentiasa membawa senjata yang dibekalkan untuk pertahanan diri.
Dalam perkembangan lain, Nazri berkata kerajaan Pulau Pinang tiada hak untuk memohon penjelasan mengapa kes siasatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin dibuka semula.
"Biarkanlah SPRM jalankan apa jua siasatan dan takkan kita nak ganggu siasatan semata-mata untuk memberitahu secara terbuka atau kepada seiapa sahaja," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dikatakan memohon penjelasan SPRM negeri itu yang membuka semula siasatan ke atas dakwaan kes rasuah membabitkan Fairus selepas SPRM menerima bukti baru berhubung kes berkenaan.
"Lagi pun bukan dia (Lim) yang berhak dapat penjelasan, hanya orang yang bagi maklumat dalam siasatan sahaja yang boleh, itu pun perlu memohon, kata nak SPRM bebas tapi bebas dengan Barisan Nasional sahajalah bukan dengan pakatan "kongsi gelap" dia," katanya.
Azamin Amin | |
PERMATANG PASIR, 21 OGOS:Walaupun 'mencuri' masa tidurnya yang sepicing itu, namun beliau dengan raut keletihan masih tenang dan tersenyum menyambut kedatangan kami. Sambil meminta sikat daripada saya untuk menyisir rambutnya, beliau kemudiannya bersimpuh di lantai bersiap sedia untuk ditemubual. Begitu sederhana sikap Ustaz Salleh Mohd Man, tanggapan awal kami. Sebenarnya,ketika itu kira-kira jam 8.30 malam, beliau sedang menunggu masuk waktu solat isyak sambil melabuhkan lena di bilik rehat Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir kerana seharian suntuk memenuhi jemputan dan terlibat aktiviti bersama masyarakat dan tanpa banyak pilihan lain untuk mewawancara,melainkan kami 'mengganggu' satu-satu masa rehatnya yang ada. Beliau yang dilihat agak malu dengan lensa kamera,cuba membetulkan kain pelikat dan kopiahnya sambil mencari posisi duduk yang baik dan mengambil buku nota kecil dari poket bajunya. Rupanya disitu terdapat catitan ringkas visi dan misi agenda beliau sebagai wakil rakyat. "Ada catit ni...tak larilah jawapan nanti.Senang ini sebagai rujukan,"katanya yang dilihat begitu tertib dan tidak mahu jawapan 'kosong' dan tanpa makna diberikan kepada kami. Bertanya bagaimana beliau menghadapi keadaan kehidupannya yang 'sekelip mata' berubah, tatkala bergelar calon PAS dan bakal wakil rakyat Permatang Pasir, Ustaz Salleh begitu bersahaja merendah diri menjelaskan keadaan. Sebenarnya, berperang dan berjuang dalam pilihan raya bukanlah kali pertama bagi Ustaz Salleh Man.Sejak 1986, beliau pernah bertanding di 4 kawasan iaitu di DUN Sungai 2, Parlimen Tasik Gelugor, Pinang Tunggul dan Permatang Berangan. Beliau sudah diuji dan mangli. "Penat terasa hilang bila tengok bakti yang ditunjukkan jentera kita yang bersemangat. "Selain itu sokongan yang tinggi dari segi moral dan dengan sambutan kemesraan yang kita dapat dari para pengundi,mereka telah memberi harapan yang tinggi pada kita untuk teruskan apa yang Pak Hamdan (Allahyarham Dato'Hamdan Abdul Rahman) buat sebelum ini,"jelasnya dengan nada suara yang perlahan. Sejak subuh pagi,lepas solat beliau turun dari rumah, ke tempat yang telah ditetapkan, bermula dari Pekan Permatang Pauh, sehingga petang. Hari ini sahaja, Ustaz Salleh sudah melawati enam kawasan untuk bertemu masyarakat setempat dengan aneka aktiviti yang diaturkan. Antara tempat yang disinggah dan mendapat sambutan masyarakat pelbagai bangsa ialah pasar,kedai kopi, masjid,pekan Permatang Pauh dan menyaksikan anak-anak muda bermain takraw dan bolasepak. Kata Ustaz Salleh ketika kunjungannya di Bukit Merah, di tempat kawasan yang padat dengan penduduk cina, sambutan sangat membanggakan di samping 'laungan' semangat menunjukkan tanda dan isyarat awal kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Kecil,25 Ogos depan. Selain itu semangat paling indah bagi Ustaz Salleh apabila isteri tersayang dan lima orang anaknya sentiasa menyokong perjuangan beliau yang merupakan graduan Universiti Malaya dalam Pengajian Islam. Sambil sembang-sembang santai, Ustaz Salleh kecewa apabila orang mula menyerang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan tuduhan liar sedangkan yang bertanding dan berdepan dengan calon pihak lawan ialah beliau sendiri. "Jangan alih perhatian. Saya yang bertanding,kenapa Tok Guru yang diserang?"katanya membayangkan pihak lawan sudah tiada modal untuk menyerang beliau yang pernah menubuhkan sekolah agama persendirian. Beliau dalam pada itu turut menasihati ramai tidak kira pihak lawan mahupun para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya mengutamakan kesihatan sekaligus mengambil langkah berjaga-jaga yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan wabak Influenza A H1N1. Tidaklupa katanya,bermunajatlah kepada Allah sentiasa supaya dilindungi penyakit yang menggerunkan ini. "Maaf...saya ada 8 ceramah kelompok malam ini..jadi nak siap-siap dulu ya,"katanya merendah diri sambil tersenyum lalu,tanpa membuang masa kami pun berundur diri tatkala melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Hampir setengah jam kami menemuramah sedangkan masa yang diberikan pada awalnya oleh pihak urusetia hanyalah 10 minit sahaja, namun kerana melihat kerancakan penuh semangat Ustaz Salleh,lalu terlajak melampaui masa. Akhir kata beliau berharap para pengundi membuat keputusan yang bijak dan supaya aspirasi dan legasi Pak Hamdan dapat diteruskan katanya mengakhiri perbualan dengan penuh adab sederhana. ---------------- |
Bekas rakan kongsi Rohaizat dakwa Umno berbohong
Hazayani Zakaria | |
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong.
Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan. "Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya. Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad. Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu. Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut. Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat (gambar) itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira". Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu. Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu. Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu. "Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini. CERITA YUSRI Menurut Yusri, isu bermula apabila pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi untuk tujuan pembelian sekeping tanah bagi mengembangkan perniagaan mereka. Koperasi kemudian meluluskan pinjaman itu dan memasukkan wang RM320,000 itu dalam akaun klien di pejabat guaman mereka, Saif Ariff and Rohaizat. "Saya yang menyiapkan draf perjanjian ini," kata Yusri(gambar bawah). Namun koperasi mulanya hanya mengambil RM100,000 untuk tujuan perniagaan selebihnya dikekalkan dalam akaun itu kerana masalah traNsaksi dengan penjual tanah. Seorang pelanggan kenalan Rohaizat kemudiannya meminta Rohaizat membantunya membiayai satu pembelian tanah bernilai RM130,000. Rohaizat bersetuju dan memberikan pinjaman RM100,000 dengan menggunakan wang koperasi itu dengan syarat ia dibayar balik segera. Namun, kawannya gagal membayar balik wang itu. Rohaizat bertindak mengambilalih tanah itu dan cuba dijual dengan cara dibuat pecahan lot. Namun, ia gagal dijual sepenuhnya. Oleh kerana kegagalan mereka menjual semua tanah lot itu, menyebabkan firma mereka gagal membayar balik wang koperasi itu. Sebahagian wang itu juga digunakan Rohaizat untuk membantu rakannya yang juga pemaju perumahan dan juga ahli politik dari Perak. Wang itu juga digunakan untuk mengembangkan firma guaman mereka apabila sebuah pejabat dibuka di Ipoh. Yusri bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth. Ekoran itu, Yusri tidak lagi memantau akaun-akaun klien di cawangan Butterworth sehinggalah dia meinggalkan firma pada November 2003 |
No response to “BERITA”
Post a Comment