Oleh: Dzulfikar Mashoor | |||||||
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.
Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan. Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan. Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman. "Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)." "Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit." Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit. "Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS." Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'. "Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya. Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'. "Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)." Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja. "Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'." "Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul. Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup' "Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah." "Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional." Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.� Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin". Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya. Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama. Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. ------------------ ISLAM PLASTIK BUKAN ISLAM PALESTIN
(Berita - berita ini dsari Harakah Daily, 24 Ogos 2009) ***** *****
MB SERAH SERAH KEDUDUKAN ADUN LUNAS KEPADA PKR (Berita ini dari Agenda Daily, 24 Ogos 2009) ***** ***** PAS DEDAH PENYELEWENGAN TERBARU CALON BN Perkara itu didedahkan Pas membabitkan isu jual beli tanah yang tidak diselesaikan beliau pada tahun 2000 dan melibatkan 16 anak guamannya yang masih belum mandapat tanah. Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Rohaizat tidak menguruskan perjanjian jual beli tanah sehingga selsai dan sehingga kini geran tanah tersebut masih atas nama tuan tanah yang asal sedangkan wang telah dikeluarkan. Menurutnya, beliau tidak mengatakan bahawa Rohaizat telah melakukan penipuan sebaliknya beliau meminta Rohaizat memperjelaskan situasi sebenar dan bagaimanakah status tanah yang dibeli oleh 16 anak guamannya. “Pendedahan terbaru ini melibatkan perjanjian jual beli tanah yang tidak diselesaikan oleh Rohaizat sebagai peguam, walaupun setelah wang pendahuluan diberikan kepadanya . “Saya tid:ak berkata Rohaizat menipu cuma saya mahu beliau bertanggungjawab dan memperjelaskan situasi yang sebenar bagaimanakah tanah tersebut tidak diberikan kepada pembeli,” katanya pada sidang media di sini semalam. Mahfuz juga turut menunjukkan surat pembeli yang bersetuju untuk membeli tanah lot 3, lot 662, Seberang Prai Tengah, dengan harga RM17,376 dan beliau turut merahsiakan nama pembeli tersebut atas dasar keselamatan. Beliau berkata, surat yang ditandatangani oleh Rohaizat, turut tertera perjanjian pembayaran wang pendahuluan sebanyak 10 peratus kepada pemilik tanah yang diberikan kepada firma guaman Rohaizat. “Sebanyak RM1,757 telah dikeluarkan sebagai wang pendahuluan oleh setiap seorang dari 16 pembeli dan diberikan kepada firma guaman Rohaizat untuk menguruskan perjanjian tersebut,” katanya. Menurutnya, sehingga sekarang pembeli tanah masih lagi belum mendapatkan tanah mereka dan setelah dirujuk kepada pejabat tanah geran tanah tersebut masih diatas nama tuan tanah yang asal. (Berita ini diambil dari Sinar Harianh, 24 Ogos 2009) |
BERITA
at
15:53
Sunday, 23 August 2009
ISU SYURGA: NIK AZIZ SAMAN TIGA MEDIA PRO UMNO
No response to “BERITA”
Post a Comment