Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz
Nazri Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.
Pada sidang media di pejabat Harakah siang atdi, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu. "Saya bersyukur kes ini memihak kepada saya, namun bukan soal jumlah dan nilai wang itu, tetapi yang lebih penting bagi saya adalah nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan negatif yang terkesan dari laporan Berita harian ini," ujarnya pada sidang media tersebut. Turut hadir sama peguam mewakilinya, Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS. Kes itu mula didengar di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta selepas Pilihanraya umum Mac tahun lalu dan mendapat keputusannya hari ini yang dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Mohd Yazid Mustafa Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan yang diwakili peguam Nad Segaram. Gambar: Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk". Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang. "Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman." "Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran sehingga menuding jari sebagai mengajak Mahfuz keluar dewan namun ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa. Najib juga perlu bersih diri Mahfuz pada sidang media sama menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan sama dengan mengemukakan saman kepada media yang telah mengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah pembelian kapal selam. Ianya penting bagi membersihkan imej bukan sahaja diri Najib, malah rakyat dan negara secara keseluruhannya. "saya kira Datuk Najib perlu mengambil tindakan undang-undang khususnya terhadap media luar negara bagi membersihkan nama baik dia dan lebih besar daripada itu adalah membersihkan nama baik rakyat dan Negara Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak lihat Datuk Najib mengambil tindakan undang undang," tegasnya lagi. Sebelum ini media antarabangsa antaranya akhbar Perancis, Liberation mendedahkan kaitan Najib dengan Altantuya. Bagaimanapun tiada sebarang penafian dibuat. Isu itu juga telah menyebabkan nama Altantuya diharamkan dalam ceramah-ceramah kempen pilihanraya khususnya pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Siar rakaman sebenar kenyataan Tok Guru Berhubung hal sama, Mahfuz pada sidang media tadi juga turut menggesa media elektronik, khususnya Radio Televisyen Malaysia dan Media Prima menyiarkan rakaman video atau audio sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu "Ahli Umno tak masuk syurga." Ini kerana katanya tiada sebarang rakaman sebenar disiarkan dalam berita stesyen tersebut dan hanya sekadar menunjukkan gambar Nik Aziz dan kenyataan yang ditafsir sendiri oleh wartawan mereka. "Saya mintak RTM ataupun TV3 siarkan pertuturan, percakapan Tok Guru yang mengatakan ahli umno tak masuk syurga. Kalau betul ada, kita tengok tepat ke tak, kalau tidak mereka perlu bersedia berdepan tindakan mahkamah, kecuali mereka memohon maaf secara terbuka dan diulang-ulang dalam televisyen," ujarnya. Utusan Malaysia sebelum ini pernah memohon maaf di atas kesilapan memutar belit kenyataan Nik Aziz berhubung cadangan kerajaan perpaduan yang pada waktu itu sedang hangat diperdebatkan yang disiarkan mereka pada 15 Jun 2009. Kenyataan Nik Aziz dipetik sebagai "nasihat saya mesti didengar"sedangkan kenyataan sebenar adalah "nasihat saya tidak semestinya didengar". Jika anda mempunyai sebarang pendapat mengenai tulisan ini, hantar kepada uRespons@gmail.com. Jika tulisan anda baik, kami akan paparkan untuk tatapan pembaca lain._ |
Ada pekung tersembunyi di dadamu?
Abdul Aziz Mustafa | ||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin.
"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan. "Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya. Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam. Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam. "Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya. "Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya. "Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000. "Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan. "Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi. Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu. Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada? Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir. Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada? Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"? ------------------------------ Makanan percuma Jumaat, santuni gelandangan ibu kota
--------------------- Rohaizat tak salah tapi berkorban - Ahmad MaslanIsu penggantungan lesen guaman calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman yang menjadi bahan kempen PAS untuk memburukkan peribadi calon itu, memberikan ruang kepada penjelasan yang membuktikan betapa Rohaizat bertanggungjawab terhadap firma guaman dan rakan kongsinya. Selain isu berkenaan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, tiada laporan polis terhadap Rohaizat yang membabitkan beliau dengan salah laku atau penyelewengan. Menjelaskan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata... Aura kurangkan majoriti undi PAS di Manek Urai sudah terasa di Permatang Pasir – TPM Perang pilihan raya kecil N 11, DUN Permatang Pasir baru bermula selepas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menerima pencalonan Rohaizat Othman (BN) dan Salleh Man (PAS), pagi Isnin. Namun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah merasakan aura kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS ketika pilihan raya kecil Manek Urai akan berulang di Permatang Pasir. Ini jelas berdasarkan sokongan rakyat yang mulai diterima BN selepas melihat kepincangan pembangkang yang mentadbir Pulau Pinang, Kedah dan Selangor hingga menimbulkan macam-macam isu. (Berita ini dari Harakah Daily,19 Ogos 2009) 'Hero Tamil' beraksi di Permatang Pasir... TERBARU: Ahli Parlimen PKR Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan pagi Selasa didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kerana menghalang tugas polis semasa penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir pagi Isnin. Dalam kejadian di depan IKBN, Kubang Semang pada kira-kira jam 11 pagi itu dia antara lain telah menampar seorang anggota polis. Kesnya akan didengar pada 28 September ini. Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000. - 18/8/2009. Berita awal : Setahun lalu semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan gelaran ‘Sivaji The Boss’ oleh para pengikutnya. Kini semasa pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang berada di dalam Parlimen Permatang Pauh, anak didiknya N. Gobalakrishnan melagakkan watak Sivaji apabila bertindak ibarat hero filem Tamil itu. Mana tidaknya, dalam kawasan larangan untuk berhimpun, Ahli Parlimen Padang Serai itu yang naik ‘minyak’ ekoran sorakan sokongan para penyokong telah mengetuai ejekan kepada Barisan Nasional (BN), UMNO, Perdana Menteri dan polis. ----------------------- Hasrat Khalid guna wang zakat untuk pembangunan ditolak Hasrat kerajaan negeri Selangor untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan membiayai program pembangunan di negeri berkenaan, hari Rabu mendapat kata pemutus daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah – tidak dibenarkan. Bertitah merasmikan Konvensyen Intergriti Pengurusan Zakat Selangor di Shah Alam, baginda tidak membenarkan wang kutipan zakat diambil, dipinjam atau disalurkan untuk tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu. Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan bercadang menggunakan wang zakat negeri itu bagi membiayai projek pembangunan di negeri itu. Cadangan tersebut telah mendapat bantahan daripada kalangan ulama dan masyarakat Islam di Selan (Berit ini dari Agenda Daily, 18 Ogos 2009) |
No response to “BERITA”
Post a Comment