BERITA

Pertandingan satu lawan satu di Permatang Pasir
Haris Zalkapli, Dzulfakar Mashoor, Md Sabri Said

PERMATANG PAUH, 17 Ogos: Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.

Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi.

Beliau dilaporkan tidak serius untuk menyertai pertandingan kali ini selepas dua kali hilang wang pertaruhan untuk dua kali penyertaannya sebelum ini.

Walaupun sampai sebelum jam 10 pagi, namun beliau dilihat tidak terus ke meja untuk menghantar kertas pencalonan.

Calon PAS, Salleh Man masuk pusat penamaan calon kira-kira jam 9.00 pagi dengan diiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau kemudiannya disertai oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Image(Para penyokong PAS yang hadir)

Turut hadir sama ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Calon BN, Rohaizat sampai lebih awal ke pusat penamaan calon iaitu sebelum jam 8.45 pagi dan menyerahkan kertas pencalonan. Beliau diiringi oleh kira-kira 1,000 penyokong yang diketuai oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut serta adalah ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil; Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon dan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Berbanding pilihan raya sebelum ini, polis tidak berapa ramai hadir dan tanpa kehadiran FRU. Para penyokong pula tidak lagi dipisahkan antara satu sama lain dengan kawat berduri tetapi hanya kon polis dan bungkah plastik sahaja.

Bagaimanapun berlaku sedikit pergaduhan antara Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan dengan polis jam 11.30 pagi menyebabkan beliau cedera dan dibawa oleh ambulan ke hospital.

-----------------------------

PAS Pahang tuntut martabat semula Bahasa Melayu
Wartawan Harakahdaily
JERANTUT, 17 Ogos: Konvensyen Memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi dan Pembudayaan Bangsa di Kompleks Imam As Syafie (KIAS), Temin, Jerantut menuntut supaya Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.

Kerajaan juga dituntut menjadikannya bahasa pembudayaan bangsa dalam amalan pemerintahan, sejajar dengan kehendak Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.

Serentak dengan itu, konvensyen juga mendesak Kerajaan Malaysia supaya sebarang bentuk ancaman terhadap kedaulatan, pengukuhan dan pembudayaan bahasa seperti yang berlaku sekarang dihentikan serta-merta dan dibenteras sekeras-kerasnya.

Kedua-dua tuntutan ini terkandung di dalam Deklarasi Lima Perkara yang bacaannya menjadi acara kemuncak dalam konvensyen tersebut.

Pembacaan deklarasi ini diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, yang juga Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut serta dalam konvensyen ini adalah tokoh sasterawan negara, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Selain beliau konvensyen juga berjaya menarik kehadiran ramai tokoh-tokoh sastera dan bahasa, dengan penyertaan keseluruhannya adalah seramai 500 orang.

Konvensyen ini dilihat sebagai usaha PAS di Pahang untuk mempastikan bahasa Melayu menjadi bahasa utama negara ini selepas isu PPSMI.

Tuntutan lain yang turut menjadi inti dalam deklarasi konvensyen adalah desakan pemansuhan serta-merta terhadap perlaksanaan Dasar PPSMI, kerana ia secara jelas telah mencederakan fungsi bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam pembudayaan dan sistem pendidikan negara.

Konvensyen mempertegaskan bahawa PPSMI telah dengan sendiri wujud sebagai ancaman terhadap masa hadapan proses pelajaran dan pembelajaran, sehingga mampu menjejaskan masa hadapan anak bangsa pula.

Sebagai pengembalian asas Bahasa Malaysia, iaitu tulisan Bahasa Melayu, maka PAS Pahang melalui deklarasi konvensyen juga menuntut supaya pembelajaran dan penggunaan tulisan jawi dalam sistem pendidikan negara dikembalikan semula, tambahan pula ia mampu membantu meningkatkan tahap penghayatan al-Quran di kalangan masyarakat.

Sebagai sebahagian dari tuntutan konvensyen, sesuai atas anjurannya oleh sebuah gerakan siasah berteraskan Islam, konvensyen dalam perkara terakhir deklarasinya meminta supaya Kerajaan Malaysia mewajibkan mata pelajaran Agama Islam sebagai wajib lulus untuk semua pelajar Islam di semua peringkat peperiksaan awam.

Kejayaan penganjuran konvensyen ini oleh PAS Pahang menjadi bukti akan kesungguhan PAS untut turut sama berpatisipasi secara aktif dalam hal-hal pembinaan bangsa dan negara, sesuai dengan tarafnya sebagai "government in waiting."

9Berita ini dari Harakah Daily,`17 Ogos 2009)
















|







Pembangkang cakap tak serupa bikin

Peguam Negara diarah membatalkan arahan pentadbiran yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mensyaratkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh menjalankan siasatan pada waktu pejabat sahaja. Sambil menyifatkan pembangkang ‘cakap tak serupa bikin’ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berikrar akan melawan habis-habisan hasrat Khalid itu kerana ia jelas menyekat kebebasan SPRM sebagai sebuah badan bebas. - 16/8/2009

Sendiri bikin hal….lain orang salah

Komen-komen di sebilangan laman web dan blog sudah menghentam sakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Malah ada yang guna perkataan ‘ bastard’ dan bahasa-bahasa kesat lain.Itu semua gara-gara laporan-laporan yang cuba mengambarkan seolah para pegawai SPRM bertindak kasar semasa cuba menahan pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How untuk siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.Siapa saja yang menyaksikan kejadian pada pagi Jumaat di pusat perkhidmatan Sungai Pelek di Sepang tahu insiden itu tidak akan berlaku jika Wong yang juga ahli Majlis Perbandaran Sepang dan juga seorang kontraktor tidak bergelut dengan para pegawai SPRM yang hendak membawanya ke ibupejabat mereka di Putrajaya.Masalahnya di sini ialah kejadian kematian misteri Teoh Beng Huat hendak dijadikan lesen untuk mempertikaikan segala tindakan SPRM dalam menjalankan tugas mereka.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-14/8/2009



Tentang pengkhianat habis-habisan - Muhyiddin

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum melabelkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu, memperluaskan kategori pengkhianat negara termasuk mereka yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat untuk menentang kumpulan berkenaan habis-habisan. "Waktu ini kita sedang berusaha perkukuhkan ekonomi, pendidikan sosial, kesihatan, infrastruktur luar bandar, sekolah khususnya di Sabah. Kita nak teruskan, jangan ada yang cuba cetuskan pertikaian. Agenda pembangunan bangsa dan negara ini, inilah yang paling utama, tidak ada yang lebih penting," katanya.

(Berita ini dari Agenda Daily, 17 Ogos 2009)



No response to “BERITA”

Post a Comment