DARI KEGAGALAN PARA PRMIMPIN LALU
Oleh: Mokhtar Petah
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kekhairahan memimpin dan di sokong sebilang rakyat ngara ini, hendaknya, mereka dapat menyedari kegagalan para pemimpin negara ini yang lalu.
Kegagalan mereka tidak dapat dilhat oleh semua ahli UMNO, atau kalau dapat melihat pun, mereka pura – pura tidak nampak kerana mereka ada kepentingan laksana keris waja; disimpan berkarat, diasap dan dilimaukan, tajamlah ia, walaupun tidak pernah menusuk tubuh musuh.
Sebagai rakyat yang meletakkan keyakinan kepada Najib dan Muhyiddin, kita tidak mahu mereka melaung bagaikan kelilintar membelah langit dan beraksi raksasa akan menghadapai kegagalan juga sudahnya.
RAKYAT JELATAN
Pada hari ini, semua percakapan dan aksi Najib dan Muhyiddin didengar, dilihat, dioertimbang dan disaring oleh semua rakyat jelata. Sebilangan mereka berharap, kedua – dua pemimpin mereka itu akan dapat membela mereka dan mereka tidka mahu menelan air liur waktu siang dan malam minum air liur basi pada ketika bermimpi.
Untuk mengelak dari kegagalan yang mungkin mendatang, Najib dan Muhyiddin tidak boleh memandang remeh akan segala kritik, desakan dan saranan massa atau orang yang menuntut dilakukan perubahan dan pembaharuan.
Mereka mesti menerima, mengkaji dan melaksanakan perubahan sesuai dengan keadaan dan dasar kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan bersandarkan kepada agama Islam sebagai agama rasmi negara. Jika tidak mereka akan menghadapi kegaglan juga. Kegagalan itu nanti menjadikan tempat mereka akan diambil orang - orang lain yang mahu mengatasi segala keagalan para pemimpin UMNO yang lalu.
ORANG MELAYU
Malaysia telah dewasa dengan kemerdekaannya. Sebilangan besar rakyatnya tidak seperti sebilangan rakyat pada awal tahun kemerdekaan dulu. Pada zaman Dr. Mahathir Mohamad berkuasa mreka tertekan. Pada masa ini rakyat telah berpelajaran tinggi, bijaksana dan berpadangan jauh dari mereka yang memerintah.
Najib dan Muhyiddin mestilah mencari jalan agar mereka tidak gagal, terutama dalam agenda menyatukan orang Melayu dan ummah serta melaksanakan Kerajaan Perpaduan. Jika mereka tidak dapat melaksanakan agenda tersebut, maka mereka akan menghadapi kegagalan juga.
Sebilangan besar rakyat jelata Malaysia, tidak hairan dengan segala ucapan Najib dan Muhyiddin, seperti 1 Malaysia, peruntukan wang yang banyak, pembangunan yang akan membuahkan kemewahan. Rakyat akan hairan, jika mereka itu dapat menyelesaikan masalah kemiskinan, keciciran rakyat jelata mengejar habuan, menyelesaikan segala macam masalah nsional termasuk mengubah suaikan Akta Keselamatan Dalam negeri – ISA, agar akta itu ada keadilan dan tidak berlawanan dengan kehendak Allah dan agama Islam.
DASAR NEGARA
Pada umumnya orang Melayu tidak menolak UMNO. Mereka hanya rasa kecil hati dengan karenah orang – orang yang berkusa dalam parti kebangsaan Melayu itu, terutama berhubungan dengan artikel mengenai agama Islam dan Perlembagaannya.
Mereka mahu artikel itu mencerminkan UMNO menjadikan Islam sebagai asas dan tujuan Perlembagaannya. Tidak sekadar seperti fasal 3 – 3.3, iaitu ' Menengak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara ....', tentulah tidak sama dengan arikel yang jika dipinda: ' Mempertahankan Agama Islam sebagai dasar negara dan menghormati prinsip kebebasan beragama' serta 'menentang sebarang faham atau ideologi yang menafikan wujud Allah, seperti komunisme, sosialisme, atheisme dan seumpamanya'.
Sebagai pemimpin Islam, jika Najib dan Muhyiddin tidak menganjurkan bagi meminda Fasal 3 – 3.3 Perlembagaan, maka mereka juga akan menghadapi kegagalan sebagai pemimpin negara umat Islam.
Oleh kerana kita tidak boleh lari dari sejarah, maka dalam sejara bangsa Melayu dan bangsa Malaysia, lima pemimpin negara yang terdahulu telah mengalami kegagalan masing.
Tunku Abdul Rahman:
1 - Gagal menyatupadukan orang Melayu dan
ummah.
2 - Gagal menyastukan rakyat negara ini untuk
menyokong kerajaan yang didukung oleh
Perikatan dan Barisan Nasional.
3 - Gagal menunaikan jaji pada masa kempen pilihan
raya pada tahun 1955 untuk menjadikan Islam
sebagai agama negara dan Persekutuan Tanah
Melayu akan menjadi sebuah negara Islam.
4 - Gagal menjimatkan wang negara.
5 - Gagal menghalang kaum kapitalis Cina dan
Indiua membolot habuan dari negara ini sehingga
orang Melayu ketinggalan.
6 - Gagal menghalang sebilangan rakan – rakan
seperjuangannya dalam UMNO menentangnya.
7 - Gagal menghalang dan mengapuskan amalan
rasuah di kalangan anggota - anggota tertinggi
UMNO, Perikatan atau Barisan Nasional serta
para pegawai kerajaan pusat dan negeri – negeri.
Akibagtnya beliau tersingkir.
Tun Abdul Razak bin Dato Hussain:
1 - Gaagal menyatupadukan Melayu dan ummah.
2 - Gagal menghalang golongan kapitalis Cina dan
India membolot habuan negara ini hingga orang
Melayu ketinggalan.
3 - Gagal mengangkat mertabat orang Melayu dan
Bumiputera dalam bidang ekonomi, disebabkan
UMNO dan Barisan Nasional banyak bergantung
kepada kaum kapitalis bukan Melayu.
4 - Gagal menunaikan hasrat orang Melayu dan
ummah untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara Islam.
5 - Gagal menghalang pengaruh Yahudi dalam
negara teruama di kalangan golongan koporat dan
para pegawai tinggi kerajaan.
6 - Gagalmenghalang dsan menghaous amalan
rasuah dalam parti – parti politik yang mendukung
kerajaan dan sebilangan pegawai kerajaan pusat
dan negeri – negeri.
Tun Hussein Onn:1 - Gagal menyatupadukan Melayu dan ummah.
2 - Gagal menghalang golongan kapitali Cina, India
dan orang luar menguasai ekonomi negara.
3 - Gagal membendung kumpulan dalam UMNO
yang 'menentang beliau' seperti api dalam sekam
atau 'musuh dalam selimut' yang di hului oleh
Allahyarham Tan Sri Megat Junid.
4 – Gagal mengurangkan kemiskinan orang Melayu,
sedangkan wang negara digunakan untuk
tujuan pembangunan menghapuskan ke miskinan
terlalu banyak.
5 – Beliau anti Yahudi tetapi gagal menghalang dan
menghapuskan pengaruh Yahudi dalam
masayarakat Malaysia, terutama dalam bidang
perdagangan dan sosial.
6 – Gagal menghalang dan membasmi rasuah.
7 – Gagal menenam keyakinan sebilang besar
orang Melayu terhadap kepimpinannya.
Tun Dr. Mahathir Mohamad:
Untuk menutup kegagalan itu beliau menuduh
4 - Gagal membenteras perbuatan jenayah dan kemasukan pendatang saing secara haram.
* ISA menjadi singa garang pengawal kekuasaan beliau.
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
1 - Gagal menyatukan Melayu dan ummah.
2 - Gagal melaksanakan Islam Hadhari kerana banyak
tentangan dari rakyat, dalam UMNO dan kerajaan
pimpinannya sendiri.
Sebenarnya konsep Islam Hadhari itu dari PAS.
Diimport oleh Dato Haji Nakaei Haji ahmad dari teks
ucapan (beliau yang menulis) Presiden PAS,
Allahyarham Yusof Rawa dalam mukamar
nnPAS pada masa Nakhei masih dalam parti Islam itu.
3 - Gagal menyatukan warga UMNO dan terdapat
sebilang ahli UMNO seperti 'jarum dalam lipatan'
terhadap beliau.
4 – Gagala mengawal dan menegah (kerana beliau tidak
mengetahui) selikangan dari pegawai - pegawai
beliau dari melakukan berbagai cara yang berlawanan
dengan etika insan kamil dan Islam.
5 - Gagal meneruskan kerjasama UMNO dengan PAS
dalam membentu Kerajaan Perpaduan.
* ISN menjadi singa garang pengawal kekuasaan beliau.
Kegagalan para pemimpin UMNO tersebut tentulah tidak diterima oleh sebilangan besar ahli UMNO, kerana mereka terpaksa menolak kegagalan itu walaupun mereka sendiri tahu pemimpin mereka dan mereka sendiri mengalami kegagalan.
Tulisan ini, jikan Najib dan Muhyiddin 'tidak melatah' setelah membacanya, tetanulah akan dapat menjadi panduan kepada mereka dalam meneruskan pernjuangan menyelamatkan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasiona.
Mungkin mereka menganggap tulisan saya ini pahit, Bagi saya di antrara banyak yang pahit, di antaranya jadam dan akar seruntun; kedua-duanya menjadi ubat dan tidak menjadi racun. Demikian saya menulis sebagai penulis yang telah mentiti sejarah bangsa sejak tahun 1946 hingga pada hari ini.
Diharapkan Najib dan Muhyiddin tidak gagal meyatupadukan Melayu dan ummah. Kegagalan tidak akan berlaku jika mereka menumpukan kepada usaha mengubah perlembagaan UMNO Fasal 3 – 3.3 yang telah saya kemukakan di atas. Seterudsnya merekadapat mewujudkan Kerajaan Perpaduan di negara ini.
No response to “KESEDARAN BERPOLITIK”
Post a Comment