PANTUN
Jika tidak kerana galah,
Malam ini nescaya kecundang;
Jika tidak kerana Allah,
Haram hamba turut berjuang.
Hari Selasa banyak tafakur,
insaf diri ingatkan Tuhan;
Jangan kita jadi takbur,
Rosak diri ikut syaitan.
Sudah puas baca Quran,
Jika mengaji jangan bernasid;
Usah tewas dalam perjuangan,
Jika mati kita syahid.
Baik - baik bawa pelita,
Jangan sampai terbakar tangan;
Baik - baik mengadun cinta,
Jangan sampai anda kempunan.
Pasang pelita sampai pagi,
Damar habis minyak tumpah;
Orang bercinta zaman ini,
Macam lalat bersengat lebah.
(bersambung)
No response to “SASTERA MELAYU”
Post a Comment