215 mangsa ribut dapat perhatian segera MB
Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir | |
KETEREH, 30 Julai (Hrkh) - Mangsa-mangsa ribut di beberapa kampung di sini bernasib baik apabila nasib malang mereka mendapat perhatian segera Menteri Besar. Sehari selepas kejadian yang mengerikan berlaku, seramai 215 mangsa ribut menerima bantuan segera daripada Tabung Serambi Mekah dianggarkan berjumlah RM105,500. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga bertemu mangsa ribut apabila menziarahi rumah penduduk yang dilanda ribut petang semalam. Hadir sama pada lawatan itu, anggota Exco, Dato' Husam Musa, anggota Parlimen Ketereh, Haji Abdul Aziz Kadir dan Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim. Majlis penyampaian bantuan itu diadakan di perkarangan Masjid Kampung Buluh Poh. Ribut kuat mulai melanda kira-kira jam 5.30 petang Selasa lalu membabitkan Kampung Lanchang, Kampung Hulu, Durian Pahit dan Buluh Poh. Masjid tempat program berlansung juga rosak ribut apabila kubahnya turut melayang ke bawah. Di kawasan kejadian kelihatan banyak pokok tumbang dan adanya yang menghempap rumah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, angin ribut berlaku akibat pertembungan angin dari arah timur dan barat. "Perkara ini berlaku kerana dua perkara, sama ada ia ujian daripada Allah atau pun kerana bala dariNya yang terkena kepada semua manusia termasuk mereka yang beriman. "Kerana itu kita seharusnya sentiasa mengingati Allah, jangan melakukan perbuatan mungkar di muka bumi ini," ujarnya. Beliau turut memohon maaf di atas kelewatannya menziarahi mangsa kerana ada tugas rasmi lain. |
Izwan Abdul Halim | |
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Polis telah memulakan tangkapan ke atas orang awam yang disyaki akan menyertai demonstrasi aman Himpunan Mansuh ISA bagi menyerahkan memorandum memansuhkan ISA walaupun himpunan rasmi belum bermula. Harakahdaily dimaklumkan, tangkapan telah bermula sejak petang semalam. Menurut sumber, mana-mana orang awam yang dilihat memakai atau membawa identiti berkaitan himpunan telah ditahan oleh pihak polis. Sementara itu, seorang aktivis dari Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Nor, 27, memaklumkan bahawa tangkapan juga sedang berlaku di Masjid Negara. Ujarnya, beliau melihat pihak Unit Simpanan Persekutuan telah ada mengawal perkarangan masjid sejak sebelum subuh lagi. Walaubagaimanapun, sejak jam 7.30 pagi tadi pihak polis telah bertindak menangkap orang awam di sekitar masjid tersebut yang memakai identiti sebagai peserta himpunan. Malah menurutnya, pihak polis turut bertindak menutup pagar masjid selain sekatan ketat dilaluan berhampiran. katanya lagi, pihak polis juga menangkap golongan muslimat dan para peniaga yang dilihat mempunyai kaitan dengan perhimpunan. Sementara itu, sumber dari staf Transit Aliran Ringan (LRT) memaklumkan, perkhidmatan LRT akan berjalan seperti biasa, bagaimanapun mulai jam 10.00 pagi, LRT tidak akan berhenti di beberapa stesyen antaranya Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat. Pun begitu, ianya bergantung kepada perubahan semasa. (Dua berita ini diambil dari Harakah Daily, 1 Ogos 2009) **** **** Najib mahu Umno lakukan pemulihan segera hadapi pilihan raya umumKOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak mahu pemulihan dalaman Umno dilakukan segera untuk mendapatkan keyakinan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Kita mahu rampas balik bumi Kelantan. Tapi kadang-kadang bila sebut nak menang tindakan dan perbuatan itu menempah kekalahan. "Apabila memilih calon. Ada yang kata bila kata maruah parti dia kata maruah ambo (saya)," katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu di sini, hari ini. Perkara itu menjejaskan perpaduan dalaman parti, kata Perdana Menteri. Selain itu, antara perkara lain yang menjejaskan perpaduan parti termasuk anggota parti yang membantah kerana calon pilihan raya terpilih tidak menepati kehendak kumpulan tertentu sehingga ada anggota Umno tidak keluar mengundi calon Umno seperti ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai. Najib turut mengingatkan pemimpin dan anggota Umno supaya turun padang bagi mendekati rakyat dan melaksanakan program parti yang memberikan kesan kepada mereka. Malah, beliau mahu segala janji yang dibuat oleh pemimpin perlu ditunaikan kerana rakyat memandang serius terhadap kredibiliti parti jika pemimpin parti menunaikan janji kepada mereka. Selain itu, katanya perancangan pemulihan Umno secara dalaman juga perlu dibuat secara teliti meliputi semua aspek dan mengikut kesesuaian tempat. "Bila parti memahami denyutan nadi rakyat parti menjadi kuat. Bila parti menjadi aspirasi rakyat, parti dapat bentuk dasar dan program yang sesuai untuk rakyat. "Rakyat akan senang hati dengan parti dan bila rakyat senang hati, maka bangkitlah gelombang rakyat menyokong parti," katanya. (Berita ini diambil dari Berita Harian Online - Bernama , 1 Ogos 2009) |
No response to “BERITA”
Post a Comment