PANTUN
(15)
Buaya tembaga bawah titi.
Balam mati dalam kubang;
Jika cinta tulus hati,
Dalam hari terkenang - kenang.
Anak kandis buah gua,
Sena selash tepi hutan;
Sebab gadis lajak ke tua,
Kerana terlalu pilih jantan.
Jika pinang tanam rapat,
Paku rawan tidak berduri;
Jika kupinang tak dapat,
Nekad hamba bawa lari.
Bunga selasih bukang sena,
Sena tumbuh luar perigi;
Jika kasih sesama kita,
Sama jujur dalam hati.
Bulan depan jelang puasa,
Puasa sebulan cekal hati;
Puan memang banyak jasa,
Salah puan derhakakan laki.
(Bersambung Isnin)
**** ****
KRITIK DIRI SENDIRI
Pada masa ini sebilangan orang Islam di seluruh Kepulayan Melayu atau Nusantara khasnya dan seluruh dunia amnya, bergama Islam tidak sungguh – sungguh pegangannya atau ringan memegang akidah.
Oleh sebab demikian, ramai individu Islam sekarang menjadi manusia takut berjihat – berperang atau memberontak kerana Allah, mempertahan agama Allah dan membela umat Islam.
Mereka berada dalam golongan orang kaya raya, tetapi takut atau tidak mahu
bersedekah pada jalan Allah, untuk membina projek Islam, membantu anak yatim, menolong orang yang menderita dan sebagainya.
Individu – individu ini terdiri dari orang – orang Islam yang digelarkan seperti di bawah ini:
ISLAM BAKA
Mereka ini beragama Islam, tetapi tidak mengamalkan segala hukum hakam, suruhan dalam Islam. Kerana mereka memeluk Islam disebabkan ini bapa mereka itu bergama Islam.
ISLAM BERMUKA – MUKA
Mereka beragama Islam, tetapi dihadapan orang Islam namapak sebagai orang Islam dan beribadat, tetapi dibelakang orang Islam meeka melakukan maksisat atau kejahatan.
ISLAM DERHAKA
Mereka beragama Islam kerana menerima pesaka agama dari ibu bapa mereka, tetapi mereka melanggar hukum – ukum dalamm Islam. Mengamalkan segala tegahan Allah, di antaranya minum arak dan berjudi.
ISLAM PUAKA
Mereka terdiri dari orang – orang Islam yang tidak peduli hukum – hukum haram dalam Islam. Melaka makan dan minum aspa sahaja. Yang mereka tolak jenis dua kaki; kukuran kelapa dan jenis empat kaki; kerusi dan meja.
ISLAM SUKA – SUKA
Mereka beragama Islam kerana suka – suka, di antaranya kerana untuk berkahwin dengan perempuan Islam.
*** ***
DERITA KERANA KENSER
MAIMUNAH MEMOHON
IHSAN ORANG RAMAI
Oleh: Mokhtar Petah
Maimunah binti Muhamad, 46 tahun, janda, sedang menderita sakit kanser payu dara dan kanser tulang merayu belas kasihan orang ramai untuk mmendapatkan wang bagi menampung kos perubatan dan belanja hidup serta belanja sekolah anak perempuannya berusia 10 tahun..
Dia telah bercerai dengan suaminya, Lokman, pada 18 Feberuari 2009.
Setelah bercerai, bekas suaminya meninggal dunia pada 8 Mac 2009.
Maimunah mula diserang kanser payu dara pada Februari 2004. Telah menjalani rawatan – komo trapi dan radio trapi. Dengan kehendak Allah kansernya telah sembuh sepenuhnya. Malangnya, pada Jun 2009, dia disahkan mengamail bon cancer (kanser tulang).
Untuk menjalani rawatan, dia dibantu oleh adik beradiknya yang masing – masing berpendapatan kecil.
Anak perempuannya, Nur Sarah binti Lokman, 10 tahun, sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang, Shamlin Perkasa, Kuala Lumpur.
Sesiapa yang dianugerahkan oleh Allah murah hati; hendak menghulurkan bantuan kepadanya, bolehlah menghubunginya di alamat: CD – 4 – 5 Gladden Court, Jalan Wawasan Ampang 1/10, Bandar Baru Ampang, 6800 Ampang, Selangor. No. akaun, MBank 1621 7962 1740.
No response to “SASTERA MELAYU”
Post a Comment