NIK AZIZ AKUI DITEMPUT PERDANA MENTERI HADIR DI AIRPOT
Salmah Mat Husain | |||||
PENGKALAN CHEPA, 2 Ogos (Hrkh) - Mungkin ramai pemimpin Umno terkejut kehadiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam. Ini memandangkan kehadiran Menteri Besar Kelantan itu di atas jemputan Dato' Seri Najib Razak sendiri. "Walaupun kehadiran saya pada awalnya tidak dirancang kerana ia dibuat begitu mendadak, namun untuk kepentingan umum saya terpaksa membatalkan beberapa program lain yang lebih awal dirancang," katanya. Beliau memberitahu perkara it kepada pemberita ketika ditemui di lapangan terbang sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang semalam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pertemuan empat mata yang berlangsung lebih kurang 20 minit itu memperlihatkan ada perkembangan positif ke arah meningkatkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat. Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana pada pertemuan tersebut Perdana Menteri menerima dengan wajah yang manis setiap perkara yang dibangkitkan. Antara isu yang dibincangkan pada pertemuan tertutup tersebut berkenaan tuntutan royalti, jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan pembinaan pelabuhan di Tumpat. "Cumanya Dato' Seri Najib sebut kalau boleh Tok Guru tak payahlah cepat sangat menyebut provokasi-provokasi terhadap Umno, tetapi waktu tu saya tak kata apa kepadanya. "Saya tak jawab apa pada waktu tu, tetapi maknanya beliau faham, kalau tak jawab. Kami PAS dan Pakatan Rakyat tidak ada surat khabar sendiri, kami tak ada radio dan kami juga tak ada televisyen untuk menjawab," ujarnya. Najib pertama kali datang ke Kelantan setelah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Umno April lalu. Beliau hadir pada dua program di Kota Bharu iaitu pecah tanah projek pembangunan di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab dan merasmikan persidangan Umno Bahagian Kota Bharu. Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya memekakkan telinga tanpa menjawab sebarang tuduhan ia tidak boleh kerana akan menimbulkan masalah kepada penyokong Pakatan sebab tidak tahu jawapan sebenar. "Kerana itulah saya terpaksa menjawab untuk memberi kefahaman terhadap penyokong dan rakyat seluruhnya. "Sedangkan kalau Perdana Menteri tidak menjawab apa pun ia tidak menjadi masalah kerana media milik kerajaan Barisan Nasional sentiasa membantu menjawab sebarang spekulasi," ujarnya. Malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sentiasa menjaga hubungan baik dengan pusat dan tidak pernah pernah berniat untuk mengacau sesiapa. "Tetapi kalau orang asyik dok kacau saya macam mana, jadi tolong menolong dan bukannya tolong saja, sama-sama jagalah," ujarnya. Sementara itu ditanya berhubung permohonan maaf Utusan Malaysia terhadapnya Menteri Besar berkata, perkara itu sedang diurus peguam yang dilantik. "Ya saya pun ada membaca tentang permohonan maaf itu, tetapi perkara itu sedang dirunding melalui peguam saya," ujarnya. Baru-baru Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai lalu di halaman depan menyebut memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiar Utusan bertarikh 15 Jun 2009.
(Berita ini diambil dari Harakah, 3 Ogos 2009) -------------------------- SIAPA AGAKNYA ADUN TERGANTU ITU?SAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Terengganu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Ahad kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000 dikatakan dari kawasan Kemaman. Di daerah yang terletak di selatan Terengganu itu ada empat kawasan DUN iaitu Kemasik,Kijal,Cukai dan Air Putih. Kijal ialah kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said.Sah bukan beliau kerana yang ditahan ialah seorang ADUN. Makanya tolak satu tinggal tiga ADUN lain.Jadi siapa? Sementara itu menurut laporan Bernama ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur. Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan. Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan Adun terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. ------------------------- KEJUTAN DILAPANGAN TERBANG KOTA BAHARU
Ia satu kejutan.Malah Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui ia sesuatu yang beliau sendiri tidak duga. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz tiba-tiba muncul menyertai pimpinan UMNO Kelantan menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu Sabtu. Ini mengenangkan beberapa hari sebelumnya Mursyidul Am PAS itu membuat kenyataan terbuka ‘ pergi jahanam UMNO’ ketika menjelaskan beliau hanya berminat nak merapatkan hubungan kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat dan bukan nak berbaik dengan UMNO. Juga sehari sebelum itu yakni Jumaat,Nik Aziz memberitahu beliau akan membangkitkan isu kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada satu mesyuarat mengenai Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) di Putrajaya pada Isnin ini. Tiada siapa tahu kenapa tujuan beliau hadir di lapangan terbang itu.Kebiasaanya dari segi amalan protokal Menteri Besar hanya hadir bilamana Perdana Menteri datang untuk hadir sesuatu acara rasmi kerajaan di negeri itu. Namun kedatangan Najib kali ini adalah untuk merasmikan majlis politik iaitu Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Bharu. Apapun kehadiran yang tidak dijadual itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz berbual selama 20 minit di lapangan terbang itu. Pada pertemuan itu Perdana Menteri telah meminta Menteri Besar Kelantan itu menjaga perasaan ahli UMNO UMNO jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat. Ini dipercayai jelas merujuk kepada kenyataan ‘ pergi jahanam UMNO’ mengenangkan pimpinan UMNO sendiri selama ini tidak pernah mengeluarkan kata-kata sekesat itu pada PAS. "Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang UMNO. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kota Baharu. Najib berkata Nik Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat. "Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain," katanya. Najib berkata hakikatnya UMNO dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur. Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza daripada segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah. "Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (UMNO) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah. "Sebab itu kita (UMNO) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah UMNO memimpin lebih 50 tahun," kata Najib. Sementara itu bercakap kepada wartawan kemudiannya Najib Najib memberitahu semasa pertemuan di lapangan terbang itu Nik Aziz turut menyentuh soal royalti minyak kepada Kelantan, pembinaan jejantas di Kelantan, pelancongan dan pembinaan sebuah pelabuhan di Tumpat. Perdana Menteri berkata beliau menjelaskan soal royalti masih dalam kajian kerajaan Pusat kerana ini melibatkan kawasan pertindihan. "Buat masa sekarang saya tidak dapat memberi jawapan lagi. Bila selesai kajian, saya atau pun wakil Kerajaan Pusat akan sampaikan kepada kerajaan negeri," katanya. Sementara itu pada sebelah petangnya ketika ditemui wartawan di lapangan terbang Kora Bharu sebelum berangkat ke Kuala Lumpur memberi alas an ‘ kena bercakap’ sebab PAS tak ada radio dan televisyen untuk jawab isu berbangkit. Beliau memberitahu Najib ada sebut agar beliau jangan cepat sangat menjawab provokasi wartawan. ''Saya memang tak kacau orang, tetapi kalau orang kacau saya, macam mana. Tidak boleh, kalau saya senyap, saya tak boleh jawab melalui radio, televisyen, saya tak ada apa, nak bercakap mulut, ceramah mana boleh," katanya. -1/8/2009
(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 3Ogos 2009). |
No response to “BERITA”
Post a Comment