ISA

KERAJAAN PERLU BERDAYA FIKIR


INTELETUAL

Oleh: Mokhtar Petah


Gambar Agenda Daily
Kerajaan telah menangkap dan menahan 589 orang rakyat negara ini yang telah mengadakan 'demonstrasi jalanan' kerana menuntu dan mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA) yang mereka anggap berlawanan dengan perikemanusiaan dan agama Islam.
Akta tersebut yang diguna pakai semenjak kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahaman hingga kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah 'sebuah undang - undang purba' - amalan orang - orang jahiliah modan' , berlawanan dengan ajaran Allah dalam Quran. Akta tersebut yang diwarisi dari penjajah Inggeris dilihat lebih banyak unsur kezaliman dan sedikit unsur kedilan.
Selaras dengan undang darurat yang dikuatkuasakan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu oleh Pesuruh Jaya Tinggi British, Sir Edward Gent, pada 13 Jun 1948, adalah satu dasar Penjajah Inggeris menggunakan akta tersebut dengan kekerasan 'serampang dua mata', iaitu untuk menentang Parti Komunis Malaya dan pengganas komunis yang mahu menjdikan Tanah Melayu negara komunis baru dan menghapuskan sebilangan besar orang Melayu yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu yang dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir (Parti Hizbul Muslimin) di luar UMNO pada tahun 1948.

Yang Dipertua UMNO 1946 - 1951, Dato Onn Jaafar pegawai tinggi dalam kerajaan British di Tanah Melayu - bertaraf Menteri Dalam Negeri - , adalah yang bertanggungjawab memperkasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan melumpuhkan perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekan Tanah Melayu dengan asas kedaulatan:
1 - Satu negara: Negara Melayu
2 - Satu bangsa: Bangsa Melayu
3 - Satu bahasa: Bahasa Nelayu
4 - Agama Islam: Agama Negara.
Dato' Onn telah ber asa besar kepada Tanah Melayu, iaitu menghimpukan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO dan melumpuhkan perjuangan kiri orang Melayu (tidak pro British dan di luar UMNO) menuntut kemerdekaan sebanar bagi Tanah Melayu.
Akta Keselamatan Dalam Negeri peninggalan Inggeris itulah yang dituntut oleh para penunjuk perasaan agar Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak menghapuskannya.
Saya tidak menyalahkan atau kesal kerajaan mengarahkan polis menangkap dan menahan (akan dibicarakan) 589 orang yang menyertai demonstrasi tersebut, kerana hak bertindak adalah milik kerajaan untuk menjaga keselamatan awam.
Begitu juga saya tidak menyalahkan mereka yang mengadakan demonstrasi, kerana dalam nenara demokrasi, perbuatan demikian dan menuntut kerajaan melajukan, sesuatu yang baik kepada rakyat jelata adalah hak mereka sebagai rakyat yang dilindungi maruah demokrasi.
Tindakan menangkap, menahan dan membicarakan orang - orang yang bedemokrasi dalam mahkamah tidak akan berjaya bagi kerajaan menyelesaikan masalah serius tersebut ,kerana demonstrasi sebagai ' layar putih dunia' memaklumkan kepda ujat manusia seleutruh dunia akan pri ketidak -telusan dan tidak tulus kerajaan dalam mengahadapi ' hapus atau pinda' ke atas Internal Security Act (ISA).
Menteri Dalam Negeri, Dato' Hisyamuddin Tun Hussein yang saya lihat 'kurang teguh pendirian' dalam perjuangannya, telah bersuara banyak mengenai ' angan - angan' beliau untuk meminda akta tersebut, tetapi bagi mereka yang menunggu, terasa kurang sabar menanti dan menganggapnya seperti mendengar suara orang sedang mimpi sahaja.
Saya sendiri tidak setuju Akta Keselamatan Dalam Negeri itu diguna pakai selama - lamanya. Telah lapuk(kata Dr. Mahathir Mohamad), kerana akta itu berlawanan dengan ajaran Allah dalam Quran dan prinsip kemanusiaan sejagat.
Allah telah mengajar manusia melalui Nabi Daud alaihi ssalam. Sila rujuk dalam Quran mengenai Allah memerintahkan Nabi Daud sebagai khalifah (pemerintah) agar belaku adil kepada manusia.
Negara kita dan rakyatnya yang menjadi mangsa ketidak prihatinan para pemimpin kita yang lalu, telah menerima 'konrak sosial' yang dipaksa secara halus oleh penjajah Inggeris , maka, saya tidak ' setuju' Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan sema sekali. Tetapi elok dipinda, ubah suai dan bersifat adil di segi prinsip kemanusia sejagat dan agama Islam.
Jika negara kita tidak seperti negara lain yang rakiyatnya hanya satu jenis atau satqu bangsa sahaja Akta tersebut tidka perlu di gugna - pakai. Negara kitamempunyaiu rakyat yang berbilang kaum atau keturunan, jika tidak ada Akta Keselamatan Dalam Negeri, nescaya negara akan menjadi seperti sebuah dewan tempat jamuan arak atau rakyatnjelata tidak selamat dan tidak tenteram.
Meminda atau mnengubah - suai Akta tersebut, diharapkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Hishanuddin Tun Hussein, adakahn perbincangan dengan pihak alim ulama terutama Majlis Mufti Malaysia untuk mencapai titik koma keadilan mengikut ajaran Islam.
Jika pindaan itu dibuat oleh mereka yang arif dengan undang ciptaan manusia sahaja dan tidak berdasarkan hukum Islam (Quran danb Hadis), maka akta itu tidak akan memberi jaminan akan diterima oleh rakyat jelata.
Akta tersebut nanti akan membolehkan pihak brwajib melakukan penangkapan, perbiacaraan dan jika cukup alasan untuk menahan seseaorang, maka tindakan menahan selama masa ditentukan boleh dilaksanakan.
Dengan persetujuan parlimen dan perkenang Yang Dipertuan Agong, setiap orang yang boleh diambil tindakan dibawah kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam negeri, tidak dibenarkan menggunakan peguam (kebanyakan peguam mencari makan, mereka boleh membela seseorang yang benar - benar melakukan keslahan) untuk membela mereka kerana hasil siaisatan pihak polis dan bukati -bukti yang cukup.
Pwndwknya tatacara bertindak dan menghukum tidak berlawanan dengan Islam dan perikemanusiaan.
Tindakan menangkap, menahan dan membicarakan mereka yang berdemokrasi selain tidak dapat menyelesaikan, akan menjadikan parti politik yang mendukung kerajaan akan dibeci oleh rakya jelata dan pilihan raya umum mendatang mereka akan memilih parti lain untuk memimpin kerajaan Malaysia.
Contoh rakyat jelata tidak percaya kepada parti politik yang mendukung kerajaan telah berlaku pada piliahan raya umum yang lalu, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah kerajaan Barisan Nasional ' patah susuh' dan diperintah oleh parti - parti politik yang menentang UMNO dan Barisan Nasional.
Diramalkan, jika Najib Tun Razak tidsak hati - hati dan berlaku telus kepada rakyat jelatan, pada pilihan raya umum akan datang UMNO dan Barisan Nasional mungkin kecundang dan terpaksa menjadi seperti sang merana yang menyanyikan lagu, 'Hendak kubawa perahuku sempit, hendak kutinggalkan tak sampai hati."
Saya berharap, kerajaan Malaysia hendak mengahadapi tunjtutan atau desakan rakyat dengan berdaya intelkcual atau bijaksana, kerana cara demikian parti politik yang mendukung kerajaan akan selama pada masa hadapan.
(selesai)

No response to “ISA”

Post a Comment