Mohd Sabri Said | |||||||||||
PERMATANG PAUH, 3 Ogos (Hrkh) - Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad. Katanya, jentera PAS terutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya. Malahan sambungnya, ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti. "Semua jentera kita bersiap sedia untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) di N11 Permatang Pasir. Banyak isu sedang menanti untuk penceramah kita sebarkan," ujarnya ketika diminta pandangan mengenai persiapan terkini jentera PAS di situ. Apapun kata beliau, malam ini PAS Kawasan akan berbincang mengenai nama-nama calon untuk dikemukakan kepada negeri bagi proses terakhir pemilihan sebelum diisytiharkan kemudianya. Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah bertekad mengerakkan semua jentera pemuda untuk memperkasakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Pasir di samping memperbanyakan program kepemudaan di situ. Tegasnya, bagaimanapun bukan sekarang pergerakan bermula bahkan sebelum ini lagi ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Penanti. "Yakinlah kita pasti menang lagi di sini namun yang jelas ialah kerjasama dan pergerakan bersepadu dari segenap segi," tambahnya. Ketua Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Mohd Saat berkata, berbagai program kemasyarakatan telah diatur sejak dulu dan disusun mengikut strategi. Menurutnya lagi, maklumat mengenai Umno dan BN juga dapat di hidu dari masa ke masa dan memudahkan jentera bertindak menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat. "Menerusi bacaan Yasin di kampung-kampung banyak membantu jentera dekati masyarakat. Keaktifan Ahli Jawatankuasa juga dipuji kerana sanggup memberi masa untuk kepentingan jamaah," jelas beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang. Sementara itu, Setiausaha Negeri KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf dalam kenyataanya pada Harakahdaily, yakin calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan menang namun tidak anggap mudah kali ini kerana setiap pilihan raya kecil pastinya terdapat umpan. Dari segi kerjasama sambungnya, KeADILan akan memberikan kerjasama maksimum untuk memastikan Dun Permatang Pasir tidak jatuh pada BN setelah Adunnya, Allahyarham Dato' Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman berjaya mengekal kemenangan tiga penggal berturut-turut. -------------------------------
(Berita - berita ini diambil dari Harakah Daily, 4 Ogos 2009) ***** ***** PAS dalang utama demo anti ISA di ibu negara...
Walaupun sebelum ini, perhimpunan itu diajurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetapi ianya mendapat sokongan pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Bagaimanapun, demonstrasi jalanan bukan budaya DAP, suara reformasi PKR pula sudah hampir berkubur dan jika sesiapa melihat sendiri kejadian di ibu negara kali ini, jelas PAS menjadi boneka bagi mencapai tujuan politik pihak tertentu. Golongan ini beria-ria mahukan ISA dihapuskan kerana tahu selagi undang-undang itu ada, matlamat mereka untuk tujuan politik tidak akan tercapai. Tanpa disedari, pemimpin pembangkang lain memperkudakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob sebagai Cif Komandan bagi menggerakan pemimpan serta ahli-ahli PAS supaya beramai-ramai menyertai himpunan tersebut. Beliau juga berjaya membawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang sekaligus mencetuskan semangat lebih ramai ahli-ahli parti itu terutama Unit Amal PAS untuk berdemonstrasi. Maka bertembunglah Unit Amal ini dengan anggota keselamatan-Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis yang terpaksa bertugas menghalang perhimpunan haram itu. Tanpa disedari, pertembungan kedua-dua pihak ini jelas dilihat bertembungan sesama Melayu kerana sebilangan besar pegawai dan anggota polis adalah orang Melayu manakala Unit Amal dan penyokong GMI jelas Melayu juga. Perkara inilah yang tidak disedari oleh PAS tetapi mungkin rakan-rakan parti lain yang merancang insiden buruk itu bertepuk tangan dengan apa sudah terjadi. PAS kini sudah hilang arah tujuan sejak bersengkokol dengan PKR dan DAP. Perhimpunan itu juga membabitkan ramai golongan muda dipercayai penuntut-penuntut Intitut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Penahanan beberapa orang daripada mengesahkan bahawa penuntut-penuntut terbabit yang kemungkinan menerima biasiswa dan bantuan untuk belajar akhirnya memilih ‘mengigit tangan yang melepaskan mereka tersepit’. Mereka bukan sahaja penuntut lelaki tetapi penuntut perempuan yang menutup sebahagian muka dengan tudung dan penutup hidung bagi mengelak wajah mereka dikesan. Manakala Unit Amal PAS pula, sudah semakin berani mengambil alih tugas demonstrasi jalanan bahkan sanggup berdepan dengan FRU dan Polis. Sebahagian mereka sudah berkumpul di Sogo dan Kompleks Pertama dan sebaik perhimpunan besar bermula kita-kira jam 2.15 petang, mereka meluru keluar sambil mengeluarkan baju merah seragam Unit Amal yang disorokkan sebelum itu dan memakainya. Sebab itulah, dalam beberapa minit mereka seramai kira-kira 200 orang sudah membentuk perisai manusia di depan Sogo untuk memulakan perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara. Bagaimanapun, kumpulan itu yang sudah disertai kira-kira 1,000 penyokong serta ahli GMI dihalang FRU dan Polis yang turut membentuk perisai manusia. Selepas enggan mematuhi arahan bersurai, FRU dan polis kemudian bertindak menyerbu kumpulan itu bagi menahan mereka kerana kesalahan berhimpun secara haram, Dalam beberapa kejadian serupa, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan semburan ‘water canon’ bagi menyurai perhimpunan penyokong demonstari itu yang sudah menguasai Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Tindakan itu menyebabkan mereka bertempiaran lari masuk ke Kompleks Pertama manakala Kompleks Sogo sudah ditutup lebih awal atas arahan polis. Hampir semua kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula depan Pertama hingga ke Dataran Merdeka terpaksa ditutup sepanjang insiden polis mahu menyuraikan kumpulan terbabit. Ketika kejadian antara jam 2 petang hingga 6 petang itu, ada orang awam dan kumpulan terbabit demonstrasi pengsan akibat terjatuh dan terkena gas pemedih mata. Ini tidak termasuk lebih 500 orang yang ditahan kerana terbabit perhimpunan haram anti ISA tersebut. Sebilangan besar dalah orang luar yang datang ke ibu negara semata-mata mahu membuat angkara. Malangnya ketika semua mereka bakal berdepan tindakan undang-undang, peniaga-peniaga mengeluh rugi dan barang perniagaan rosak, pemimpin pembangkang duduk selesa di bilik hawa dingin di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Hadi, Salahuddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar dan Lim Kit Siang dan ramai lagi hanya muncul seketika ketika kumpulan Anti ISA itu berkumpul berhampiran Pertama Kompleks dan ketika FRU melepaskan gas pemedih mata dan tembakan water canon, mereka ke ibu pejabat PAS. Semua pemimpin pembangkang terbabit dalam sidang media di tempat itu mendakwa berpuashati kerana perhimpunan itu mencapai sasaran. Kesudahan perhimpunan itu tidak membawa sebarang erti kepada tujuan menghapuskan ISA sebaliknya laungan politik Hidup Anwar dan mengecam Datuk Seri Najib Tazak. Mereka tidak memikirkan langsung kesan tindakan itu menyebabkan orang ramai takut masuk ke pusat bandar, yang sedia ada terperangkap tidak boleh keluar, peniaga kerugian malah macam-macam musibah lagi boleh berlaku jika Unit Amal PAS bertembung dengan polis. Apakah pemimpin pembangkang terutama pemimpin PAS boleh menanggung kerugian dan semua beban ekoran tindak tanduk mereka itu? Siapa pula harus menanggung dosa angkara kejadian buruk hari ini? Dan sekadar ingin meminjam sebahagian kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, setelah melihat insiden yang memalukan negara di ibu negara hari ini, “ Pergi jahanamlah PAS’. -------------------------------
Polis akan memanggil 11 pemimpin parti pembangkang yang telah dikenalpasti terbabit dan menjadi perancang perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu lalu untuk memberi keterangan.
----------------------------------- 220,000 peluang kerja baru di Kerih-Gambang-Pekan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa melancarkan Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) meliputi Kertih-Gambang-Pekan yang dijangka akan buka 220,000 peluang kerja menjelang 2020 melibatkan pelaburan RM 90 billion.Antara insentif di zon ekonomi khas yang terbesar di Asia itu ialah 10 tahun pengecualian cukai,pengecualian duti impot eksport.Hadir sama di majlis dekat Pekan itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat,Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said (Berita - berita ini diambil dari Agenda Daily, 4 Ogos 2004) ***** ***** 29 TERTUDUH DIDAKWA
SERAMAI 29 orang termasuk lima wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz, manakala kesemua tertuduh diwakili barisan 14 orang peguam yang diketuai Azizzul Shariman Mat Yusoff. Hakim Mohamad Sekeri Mamat yang mendengar kes itu membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang. (Berit ini diambil dari Utusan Online, 4 Ogos 2009) |
BERITA
at
18:28
Monday, 3 August 2009
Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah bersedia
No response to “BERITA”
Post a Comment