PANTUN
Tanam halia berselang halia,
Halia dimakan jadi ubat;
Jangan kita sering sengketa,
Nanti bangsa hilang mertabat.
Halia itu tanam tanaman,
Patah satu kerana jari;
Nescaya bangsa tidak aman,
Hudup merempat serata negeri.
Apa diharap pada empin,
Padi muda dari maran;
Guna apa pada pemimpin,
Jika anda tiada fikiran.
Patah sudah dahan kenanga,
Kerana ditimpa kayu buruk;
Jika anda dapat bunga;
jangan diserah kepada beruk.
Ada kandis tumbuh di lata,
Lembut biji dari sisi;
Jika gadis jatuh cinta,
Sambulah dia serela hati.
No response to “SASTERA MELAYU”
Post a Comment