SASTERA MELAYU

PANTUN

Makan pinang waktu malam,

Harap gambir dalam peti;

Jangan dikenang zaman silam,

Tetap sedih sampai mati.


Hendak ke mana pahlawan Melayu,

Selepang berkeris nampak segak;

Tidak kusangka jadi begitu,

Hilang kasih bertalak tidak.


Anak unta mati tertambat,

Ditambat anak Badawi buta;

Tidak kuminta mati lambat;

Kudrat Allah bukan kita.


Kilau buta katakan buta;

Tidak usah melipat kain;

Jika cinta katakan cinta,

Tidak payah kucari lain.


Harta pusaka jangan direbut,

Ada waris ada habuan;

Derita saya sukar disebut,

Kerana saya kasihkan tuan.

Bersambung esok)

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment